Badan
Pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) menggesa Barisan Nasional
(BN) menghentikan serangan peribadi ke atas pemimpin-pemimpin Pakatan
Rakyat (Pakatan) serta menghormati Ikrar Integriti Pilihanraya yang
telah ditandatangani oleh Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak.
Malaysia
dijangkiti dengan demam pilihanraya sejak tahun 2011 akan tetapi, demam
pilihanraya kian melarat terutamanya pada awal tahun ini sehingga ke
hari – hari sebelum hari mengundi. Konsep integriti telah hilang dari
pandangan mata BN.
Serangan peribadi telah dilancarkan ke atas pemimpin-pemimpin
Pakatan. Tiada yang terkecuali daripada serangan bertubi-tubi ini.
Antara pemimpin Pakatan yang jatuh mangsa kepada serangan peribadi
termasuklah; Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden
KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, calon kerusi parlimen Lembah
Pantai, Nurul Izzah hingga ke bekas Adun Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad,
calon kerusi parlimen Pandan Rafizi Ramli, calon kerusi parlimen Batu
Tian Chua, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Setiausaha Agong PAS
Mustapha Ali, dan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat.
KPRU berpendapat serangan peribadi ini merupakan amalan politik
murahan yang tidak wajar mendapat tempat di sebuah masyarakat bertamadun
seperti Malaysia. Malangnya, ianya dijangka politik murahan ini akan
berlangsung sehingga selesainya Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) kerana
kebencian BN terhadap Pakatan tidak mengenal erti moral atau batasan.
Sebagai sebuah parti politik yang melaungkan semangat patriotik,
perpaduan dan kematangan, tindakan serangan peribadi mencerminkan
semangat kebencian dan tidak matang yang bertentangan dengan apa yang
dilaungkan oleh BN.
Rakyat Malaysia sudah meluat dengan politik murahan seperti ini.
Ianya tidak membawa sebarang faedah kepada mana-mana pihak. Ianya hanya
akan memakan diri BN, menambah kebencian rakyat kepada BN dan mencemari
reputasi dan maruah pemimpin Pakatan. Ianya tidak membawa sebarang kesan
positif kepada ekonomi atau politik negara. Ianya hanya mencerminkan
obsesi Malaysia dengan politik murahan terutamanya politik seks di mata
dunia. Dalam kata asas, ianya merupakan sejenis tingkah laku yang
memalukan nama Malaysia dan menjadikan Malaysia sebagai bahan ketawa
komuniti antarabangsa.
Terima kasih.
Ooi Heng & KPRU
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?
No comments:
Post a Comment