Ahli
parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin hari ini menggesa Pakatan Rakyat
mengambil langkah berani untuk melawan penipuan yang didakwa berlaku
dalam pilihan raya dengan memulaukan majlis angkat sumpah di Dewan
Rakyat.
Menurutnya, pemulauan tersebut sebagai "simbolik" bagi
menunjukkan bahawa Pakatan serius dalam menyelesaikan dakwaan penipuan
dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu.
Beliau mengulas keputusan rakan gabungan DAP dan PAS yang menolak gesaan untuk memboikot majlis angkat sumpah atau sesi baru yang bermula pada 24 Jun ini.
Sim juga menggesa pemimpin Pakatan dengan serius membincangkan perkara tersebut sebelum memutuskannya secara konsensus.
Bagaimanapun, tegasnya, tindakan memboikot itu hanya pada majlis angkat sumpah, dan bukannya pada sidang perbahasan.

No comments:
Post a Comment