Minneapolis: Seorang janda di Minnesota mendapat tahu lelaki yang
dikenali dan berkomunikasi dengannya di Internet selama setahun
sebenarnya ialah bekas suaminya.
Selepas menyedari situasi sebenar, wanita berkenaan memfailkan saman kerana mengintipnya.
Brian Matthew Cornelius, 36, didakwa mereka “nama samaran di Internet” sebelum berkomunikasi dengan bekas isterinya.
Sepanjang tempoh berhubung di Internet, bekas isterinya mendedahkan banyak maklumat intim mengenai diri sendiri, termasuk perasaannya terhadap bekas suaminya itu.
Sepanjang tempoh berhubung di Internet, bekas isterinya mendedahkan banyak maklumat intim mengenai diri sendiri, termasuk perasaannya terhadap bekas suaminya itu.
Sebuah akhbar tempatan melaporkan, Cornelius memantau kediaman bekas isterinya melalui webcam.
Dia turut meyakinkan wanita itu agar ‘tidak muncul di mahkamah.’ untuk menghadiri perbicaraan menuntut supaya dia tidak diganggu bekas suaminya.
Kerana tidak hadir, kes itu digugurkan.
Akhirnya, wanita berkenaan dapat mengagak bahawa ‘Aaron Carpenter’ sebenarnya Brian Cornelius, bekas suaminya. myMetro
Menurut laporan, Cornelius muncul di tempat sama di mana wanita itu memberitahu ‘Carpenter’ dia akan berada di sana.
Lelaki ‘Carpenter’ itu juga bercakap mengenai perkara yang sama yang hanya bekas suaminya tahu.
Apabila disergah bekas isterinya Cornelius akhirnya mengaku menggunakan imej di Internet untuk dipadankan dengan profilnya.
Kedua-duanya berkahwin selama 11 tahun dan mempunyai dua anak.
Cornelius berdepan dua pertuduhan salah laku pengintipan. Dia akan dibicarakan bulan depan. - Daily Mail
No comments:
Post a Comment