Tuesday, June 11, 2013

Wanita Bunuh Kekasih Pakai Sepatu Tumit Tinggi

  • Selasa, 11 Jun  2013
Ana Lilia Trujillo, menusuk kekasihnya Alf Stefan Andersson hingga meninggal menggunakan tumit sepatunya. Andersson adalah seorang pensyarah di Universiti Houston, Texas. | Sky News
HOUSTON, KOMPAS.com — Di tangan Ana Lilia Trujillo, sepatu dengan tumit tinggi tak hanya digunakan untuk menunjang penampilannya sebagai seorang perempuan.

Ana menggunakan sepatu tumit  tingginya untuk menikam kekasihnya hingga mati dalam insiden yang disebutnya sebagai usaha membela diri.

Polis Houston, Texas, mengatakan, Ana mengaku di hadapan penyiasat bahawa kekasihnya menyerang dia dan apa yang dilakukannya semata-mata untuk mempertahankan diri.

Kisahnya bermula pada Sabtu (8/6/2013) ketika Ana dan kekasihnya, Alf Stefan Andersson, kembali ke apartemen mewah Andersson setelah menghabiskan malam berdua.

"Mereka kembali ke apartemen sekitar pukul 02.00 dini hari," kata juru  cakap pendakwa wilayah Harris County, Sara Kinney.

Polis  kemudian menerima panggilan kecemasan dari Ana Trujillo dan mengatakan dia mengalami penyerangan.

Ketika tiba di lokasi kejadian, polis  menemukan jasad Andersson tergeletak di lantai dengan sejumlah luka tikaman di kepala, yang dipercayai  kuat disebabkan sepatu tumit tinggi Ana.

Polis kemudian menetapkan Ana yang berusia 44 tahun berkewarganegaraan Mexico itu sebagai tertuduh utama pembunuhan Alf Stefan Andersson.

Ana kini ditahan polis  yang menetapkan wang jaminan sebanyak 100,000 dollar AS. Sejauh ini, Ana belum menunjuk kuasa hukum.

Universiti Houston memastikan Andersson (59) adalah seorang profesor kelahiran Sweden  yang mengajar di Fakulti Biologi dan Biokimia Universiti Houston, Texas.
Sumber : Sky News
Editor : Ervan Hardoko

No comments:

Post a Comment