Anwar dan Karpal membuat laporan polis terhadap Dr. Mazlan. - Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 4 Ogos, 2013.Calon
Umno bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh, Dr Mazlan Ismail kini menjadi
perhatian apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dan peguamnya, Karpal Singh
membuat laporan polis terhadapnya selepas akhbar mendedahkan beliau
menerima 6,000 surat yang mendakwa Ketua Pembangkang itu membayar RM50
juta kepada peguamnya itu sebagai rasuah sejak 2008.
"Surat yang tidak diketahui pengirimnya tidak mempunyai asas kukuh
dalam undang-undang," kata Karpal ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR
di sini.
Sambil menyelar tindakan Dr Mazlan yang mendedahkan perkara itu di
media arus perdana, calon Umno ketika Pilihan Raya 2013 itu tegas Karpal
seharusnya membawa perkara itu kepada pengetahuan Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Laporan media semalam menyebut Dr Mazlan mendedahkan lebih 6,000 surat
yang tidak diketahui pengirimnya telah dihantar ke alamat rumahnya yang
mana mendakwa Anwar membayar Karpal lebih RM50 juta sejak 2008 bagi kos
guaman dan rasuah untuk hakim dan peguambela. - 4 Ogos, 2013.The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment