Tuesday, September 3, 2013

Polis bebas 2 aktivis lepas geledah rumah


Malaysiakini  3 Sept 2013
   
Polis membebaskan aktivis Adam Adli Abdul Halim dan Hishammuddin Rais awal pagi tadi selepas ditahan malam tadi untuk siasatan kerana mengibarkan bendera 'Sang Saka Malaya'.

Hishammuddin berkata, mereka disiasat bawah Akta Hasutan oleh pihak polis.

NONE"Polis datang geledah rumah. Bebas di rumah jam 3 pagi dengan seorang penjamin. Tunggu siasatan sama ada ke mahkamah atau tidak," katanya melalui SMS kepada Malaysiakini.

Kedua-dua mereka ditahan pada jam 8.40pm malam tadi di Kampung Baru, Kuala Lumpur dan ditahan mengikut Akta Hasutan 1948.

Sebelum ini, dilaporkan sebuah kumpulan dikenali "Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia" menggesa polis bertindak tegas terhadap Hishamuddin dan Adam serta Sasterawan Negara Datuk A Samad Said kerana didakwa menghina Jalur Gemilang.

No comments:

Post a Comment