11 Nov 2103
Oleh Zatul Iffah Zolkiply
Permaisuri: Sekumpulan lelaki warga asing dipercayai menjadikan alat
boneka seks sebagai pemuas nafsu serakah susulan penemuan pelbagai alat
perangsang seks dan anak patung menyerupai wanita dalam serbuan Jabatan
Imigresen Terengganu di sebuah rumah kongsi di Kampung Telaga Putat, di
sini, kelmarin.
Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Terengganu Mohd
Shahrir Khalil berkata, pelbagai peralatan itu ditemui dalam sebuah
kotak yang disembunyikan di salah sebuah bilik dalam serbuan kira-kira
jam 2 pagi dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), sekali gus
membongkar aktiviti ‘gelap’ penghuni di rumah kongsi berkenaan.
Beliau berkata, hasil siasatan lanjut, seorang daripada penghuni
mengakui semua peralatan seks itu miliknya dan turut digunakan rakannya
yang lain bagi memuaskan nafsu masing-masing.
“Walaupun warga asing itu mengaku hanya akan mencari peralatan itu bagi memuaskan nafsu dan tidak membabitkan wanita, kita bimbang ia membahayakan anak-anak gadis tempatan di lokasi berhampiran jika dibiarkan berleluasa.
“Walaupun warga asing itu mengaku hanya akan mencari peralatan itu bagi memuaskan nafsu dan tidak membabitkan wanita, kita bimbang ia membahayakan anak-anak gadis tempatan di lokasi berhampiran jika dibiarkan berleluasa.
“Jika aktiviti tidak bermoral ini tidak dibendung, ia boleh mendatangkan bahaya kerana lokasi rumah kongsi ini begitu hampir dengan kawasan perkampungan.
No comments:
Post a Comment