Harakahdaily, | 18 Nov 2013 |
KUALA LUMPUR:
Warga Kuala Lumpur yang dibebankan dengan kenaikan nilai taksiran yang
diumumkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diseru untuk mengemukakan
petisyen bagi membantah penilaian tersebut.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata petisyen itu dilakukan sebagai tanda bantahan terhadap penilaian semula taksiran yang disifatkannya membebankan rakyat.
Bercakap kepada media di lobi parlimen, hari ini, Nurul Izzah menyatakan petisyen tersebut akan diedarkan kepada penduduk sekitar Kuala Lumpur, selain boleh didapati melalui persatuan penduduk kawasan tertentu, malah melalui laman Facebook beliau.
Justeru, beliau menyeru semua warga Kuala Lumpur seramai mungkin untuk bersama-sama menyerahkan petisyen tersebut kepada Pengarah Penilaian, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, DBKL.
"Seperti yang sedia maklum, sebarang petisyen tidak akan diterima jika tidak memenuhi beberapa format yang ditetapkan DBKL. Namun, kami telah sediakan petisyen yang memenuhi format tersebut dan DBKL perlu jawab sama ada terima atau tolak," tegas beliau.
Mengulas lanjut berkaitan perkara tersebut, Nurul Izzah berkata para penduduk yang dibebankan dengan kenaikan itu tidak dapat menerima alasan DBKL yang mengatakan tiada sebarang kenaikan sejak 21 tahun lalu.
Tambah Izzah, kenaikan terakhir itu tidak memberi justifikasi kepada kenaikan mendadak di antara 100 peratus hingga 300 peratus, yang bagi penduduk perlu dilakukan secara berperingkat jika benar mahu dilaksanakan.
Dalam masa sama, perkhidmatan yang diberikan kepada DBKL didakwa semakin berkurangan walaupun bayaran dikenakan atas sesuatu perkhidmatan.
"Sebagai contoh, perkhidmatan pembentungan dulunya dimasukkan bawah taksiran DBKL, namun kini diasingkan di bawah khidmat Indah Water Konsortium, yang mana beban bayaran dikenakan ke atas penduduk atas khidmat DBKL yang semakin berkurangan," tegas Izzah lagi.
Ekoran kenaikan tersebut, beberapa penduduk di sekitar Wangsa Maju, Setapak membuat bantahan terhadap penilaian taksiran ini dengan mengadakan demonstrasi.
Nurul Izzah turut menggalakkan penduduk Kuala Lumpur menyerahkan petisyen ini secara berkumpulan, berbanding bergerak secara individu.
"Malah, para warga Kuala Lumpur juga boleh melakukan melalui persatuan penduduk kawasan perumahan masing-masing sebagaimana yang dilakukan Persatuan Penduduk Pantai Hill Park, Fasa 5, Persatuan Penduduk Bukit Bandaraya, Persatuan Penduduk Bangsar Baru dan Persatuan Penduduk Taman Bangsar," jelas beliau.

No comments:
Post a Comment