Ahli Parlimen Sekijang, Anuar Manaf yang juga pemimpin Majlis Belia
Felda Malaysia dan Ketua Penerangan Majlis Belia Felda , Wan Zawawi Wan
Zin membuat pernyataan maaf di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala
Lumpur, Rusilah Yup, hari ini.
Mereka juga dikehendaki membayar ganti rugi penyelesaian dengan amaun tertentu.
"Alhamdulillah, syukur tidak terhingga dengan anugerah berganda
daripada Allah selepas menang kes di Mahkamah Tinggi Temerloh 23 Oktober
lalu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pada 23 Oktober lalu, Mahkamah Tinggi Temerloh memerintahkan polis dan
kerajaan Malaysia membayar ganti rugi RM370,000 kepada Mazlan selepas
mendapati kedua-dua pihak itu bersalah menahan Mazlan.
Berikutan kemenangan itu, Mazlan memaklumkan kepada media bahawa beliau
menyaman kedua-dua pemimpin Majlis Belia Felda itu kerana memfitnahnya.
"Nama baik saya dibersihkan daripada tuduhan dan fitnah kononnya saya menyeleweng duit peneroka Felda Kemahang 3," katanya.
Mazlan yang enggan memanjangkan perkara itu berkata, beliau akan
bersama-sama Anuar, Wan Zawawi serta peneroka Kemahang untuk fokus
kearah membela warga Felda bukan bertelingkah sesama sendiri.
"Saya harap kami boleh bekerjasama demi kebaikan warga Felda di masa depan," katanya.
Mazlan diwakili peguam Haris Abdullah dan Wan Rohimi Wan Daud. – 11 November, 2013 The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment