Salah seorang mangsa, Yusof Che Mid dalam kenyataannya kepada The
Malaysian Insider berkata, "Kalau begitu, bagi saya Dr Mahathir
mastermind dalam kes ini."
"(Tun) Musa hanya kambing hitam sahajalah kalau begitu," kata Yusof
kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi di rumahnya di Baling.
Di Parlimen, sehari selepas kejadian, Musa ketika itu yang juga menteri
keselamatan dalam negeri berkata operasi itu adalah untuk menangkap
tiga “penjenayah” iaitu Ustaz Ibrahim dan dua penyokongnya, Mat Ramli
Che Mid dan Yusuf Che Mid.
Bagaimanapun, Ramli dan Yusuf tidak ada di rumah Ustaz Ibrahim ketika polis menggempur rumah itu yang mengorbankan 14 nyawa.
Selepas hampir 30 tahun peristiwa Memali berlaku, Musa mendedahkan Dr
Mahathir yang juga perdana menteri ketika itu berada di Kuala Lumpur,
bukannya China sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini.
Pendedahan ini dibuat sendiri oleh Musa ketika peristiwa itu berlaku
pada 19 November 1985 yang mengorbankan 14 orang dan berpuluh yang lain
cedera.
Musa mendedahkan perkara ini dalam Diskusi Politik Malaysia: Dulu dan
Sekarang anjuran kerajaan negeri Kelantan yang diadakan di Kota Baru,
malam kelmarin.
Turut serta sebagai panel ialah Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa
manakala Profesor Madya Datuk Dr Mohmamad Agus Yusof bertindak sebagai
moderator.
Musa ketika menjawab soalan Agus berkata, Dr Mahathir berada di Kuala
Lumpur ketika kejadian itu dan berkata:"Dua tiga hari selepas kejadian
itu pun dia berada di Kuala Lumpur."
Sebelum ini, semua maklumat yang disebarkan ialah Dr Mahathir berada di China ketika kejadian itu. – 29 Mac, 2014. The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment