Beliau berkata, tempoh pencarian yang kini sudah melebihi 20 hari akan
menyebabkan rangka pesawat itu sudah pun dibawa arus lautan ke pelbagai
arah yang tidak diketahui.
"Biarpun jika ada serpihan M370 yang dapat dibawa naik, mustahil untuk menjejak kapal tersebut," katanya.
Mearns, yang juga pakar pencari kapal karam dari United Kingdom,
berkata beliau turut berpendapat kotak hitam MH370 tidak mungkin dapat
dijumpai walaupun pelbagai peralatan dan teknik sedia ada digunakan.
Katanya, semua peralatan dan kemahiran itu masih tidak berupaya untuk mengesan pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.
"Satu-satunya cara untuk mendapatkan kotak hitam itu adalah dengan
mencari dan menapis bangkai atau serpihan pesawat yang ditemui,"
katanya.
Selain itu, beliau menjangkakan kos pencarian pesawat MH370 lebih
tinggi dengan angka mencecah US$45 juta (RM147 juta), mengatasi kos
pencarian Air France di Lautan Atlantik pada 2009.
"Pencarian MH370 memerlukan dedikasi yang teramat tinggi dan
perbelanjaan beratus juta dolar, memandangkan ia sesuatu yang tidak
pernah berlaku sebelum ini,” katanya.
Pada 24 Mac, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan
pesawat MH370 disahkan berakhir di selatan Lautan Hindi selepas 17 hari
hilang ketika dalam perjalanan ke Beijing dari KLIA pada jam 12.40 pagi.
Bagaimanapun, sehingga kini pasukan mencari dan menyelamat belum
menemui rangka atau serpihan pesawat MH370 di kawasan yang dikatakan itu
iaitu di kawasan barat Perth, Australia di Lautan Hindi, berdasarkan
kepada maklumat diperolehi daripada data satelit. – 31 Mac, 2014
The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment