Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa perhimpunan
BERSIH 3.0 di Kuala Lumpur menerima provokasi ekstrem dari pasukan
polis, antaranya melibatkan tembakan 909 kanister gas pemedih mata.
Bekas pengerusi bersama BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga berkata: "Tembakan 909 kanister gas pemedih mata adalah provokasi ekstrem dari polis. Mereka memprovokasi dan menyerang orang ramai dengan menembak gas pemedih mata dan meriam air.”
Katanya, kementerian dalam negeri menyatakan bahawa sejumlah 909 kanister gas pemedih mata dan 58 bom pemedih mata digunakan untuk menyuraikan 200,000 orang yang hadir.
Bekas pengerusi Majlis Peguam itu berkata, perhimpunan itu tidak akan bertukar ganas sekiranya polis memberi kerjasana, seperti yang dilakukan semasa perhimpunan anti-GST dan protes Blackout 505.
Ambiga yang merupakan defendan pertama dalam sama sivil difailkan oleh kerajaan Malaysia ke atas beliau dan 14 orang lagi anggota jawatankuasa pemandu tersebut ekoran kerosakan dan kerugian yang didakwa dialami ketika perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April 2012.
Kerajaan menuntut gantirugi khas sebanyak RM122,000 untuk membaiki kenderaan polis, kos lain, faedah dan relif yang dikira patut oleh mahkamah.
Ia turut menuntut deklarasi bahawa defendan berkenaan selaku penganjur perhimpunan BERSIH 3.0 melanggar Seksyen 6(2)(g) Akta Perhimpunan Aman 2012, kerana antara lainnya bertanggungjawab memastikan bahawa berhimpunan tersebut tidak akan menyebabkan kerosakan kepada harta awam.
Wakil BERSIH memfailkan tuntutan balas berasingan ke atas kerajaan susulan saman tersebut.
Ambiga turut ditanya oleh peguam kanan persekutuan, Azizan Md Arshad sama ada polis mempunyai alasan untnuk bertindak sedemikian.
Ambiga berkata, pasukan tersebut menyebabkan bahaya kepada orang ramai dengan menembak gas pemedih mata secara terus ke arah orang ramai.
“Polis membahayakan nyawa orang ramai,” katanya ketika disoal balas.
“Sebaik sahaja polis menembak gas pemedih mata dan air kimia untuk menyuraikan peserta, kawalan itu bukan lagi di tangan BERSIH 2.0,” kataya.
Ambiga menegaskan bahawa kawalan ke atas orang ramai dan usaha memastikan ketenteraman adalah tanggungjawab bersama BERSIH 2.0 dan juga anggota polis.
Peguam itu turut ditanya sekiranya BERSIH 2.0 tahu bahawa Dataran Merdeka merupakan satu tempat swasta yang diuruskan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Ambiga menjawab, perkara itu benar mengikut undang-undang kecil.
“Tetapi kami tidak melihatnya sedemikian,” katanya.
Ditanya lagi sekiranya seramai 6,000 orang sukarelawan BERSIH 2.0 memadai untuk menangani 100,000 orang yang dijangka hadir – yang kemudiannya berganda menjadi 200,000 orang – Ambiga berkata ia akan lebih efektif jika polis turut membantu. Malaysiakini

No comments:
Post a Comment