Monday, June 23, 2014

KM akan tarik larangan terhadap MP Pakatan

 
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem akan menarik larangan ke atas beberapa ahli Parlimen Pakatan Rakyat untuk masuk ke Sarawak, bagi membolehkan mereka menghadiri pengebumian ADUN Bukit Assek, Wong Ho Leng.

Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok, yang merupakan antara nama dalam senarai larangan tersebut, berkata ia disampaikan kepada beliau oleh setiausaha peribadi Adenan, Mustapa Han.

"Ia tidak jelas pada peringkat ini sama ada penarikan larangan itu hanya sementara dan untuk tujuan khusus ini," kata Teresa (kanan) dalam satu kenyataan.

Wong meninggal dunia akibat kanser otak malam tadi.

Awal hari ini, Teresa menggesa kerajaan Sarawak membenarkan pemimpin Pakatan menghadiri pengebumian Wong.

Naib pengerusi DAP Kebangsaan Teresa Kok berkata beliau dan ramai lagi ahli parlimen (MP) telah dihalang memasuki Sarawak.

"Ketua Menteri Sarawak telahpun berkata di banyak acara yang kerajaan beliau akan mengamalkan autonomi imigresen dan menghalang pelampau kaum dan agama dari memasuki Sarawak.

"Tetapi saya hairan mengapa saya dan rakan Pakatan dihalang masuk
kerana kami bukannya pelampau kaum dan agama," kata beliau dalam kenyataan hari ini.

"Hari ini saya telahpun menghantar faks kepada pejabat ketua menteri Sarawak untuk merayu kepada beliau agar larangan kepada saya dan MP Pakatan diangkat agar kami boleh menghadiri pengkebumian Wong Selasa depan," tambahnya.

Menurut Teresa, Wong bukan saja rakan seperjuangan beliau dalam parti tetapi seorang kawan rapat yang amat dikagumi kerana prinsip beliau terhadap keadilan dan kesaksamaan dalam politik, kebijaksanaan dan kepetahan berbicara dalam bahasa Inggeris dan Cina.

"Beliau akan dirindui rakan seperjuangan dalam DAP. Beliau turut akan diingati sebagai MP pertama Pakatan Rakyat dari Sarawak apabila memenangi Pilihan Raya Kecil Subu pada 2010, kemenangan yang diberi jolokan 'Keajaiban Sibu'." Malaysiaini 22/6/14

No comments:

Post a Comment