Wednesday, June 25, 2014

Lelaki ini didenda 5,000 dolar kerana tendang anjingnya kerana bergaduh dengan kekasih

  25/06/2014 

Clayton Richard Lawrence, lelaki dari Perth, didenda 5 ribu dolar kerana   menendang anjingnya berulang kali, kerana bertengkar dengan kekasihnya,  . Anjing tak berdosa itu mengalami patah tulang   dan mulutnya berbuih.

Lawrence (40 tahun) dilaporkan ke RSPCA (Royal Society for the Prevention of Cruelty to Animals) oleh seorang yang kebetulan lalu di situ, setelah ia terlihat menganiaya anjingnya, bernama Herpes, di sebatang jalan di kawasan Parmelia, Perth, bulan Ogos tahun lalu.

Orang itu mendekati Lawrence setelah melihatnya menendang anjingnya   berumur tujuh tahun itu berulang kali . Tapi Lawrence malah memaki-maki anjing itu dan menyeretnya.

Lawrence kemudian pergi, meninggalkan anjing itu, dan saksi   tadi membawa Herpes ke doktor hewan tempatan untuk mendapat  rawatan.

Herpes menderita retak tulang iganya, sukar bernafas dan memar-memar serta persendian kaki dan sikunya bengkak sehingga sukar berjalan.

Dalam wawancara dengan seorang inspektor RSPCA, Lawrence mengaku bahawa dia sedang marah  pada pacarnya waktu itu.

Mahkamah  juga memerintahkan Lawrence membayar wang perkara 1000 dolar dan melarangnya memiliki binatang peliharaan selama lima tahun.


Anjing itu sekarang dipelihara oleh ibu Lawrence.

Inspektor RSCPA Amanda Swift mengatakan, tidak ada alasan bagi perilaku Lawrence itu.

"Orang tidak boleh  menganiaya binatang kerana sedang bermasalah dalam kehidupan peribadinya," kata Swift.

Dikatakannya, kes kekejaman terhadap binatang secara disengaja telah meningkat 105 peratus tahun ini. detikNews

No comments:

Post a Comment