KUALA LUMPUR:
Malaysia antara negara paling teruk menjalankan aktiviti perdagangan
manusia, kata Laporan Pemerdangangan Manusia 2014 oleh Jabatan Negara
Amerika Syarikat.
Laporan yang dikeluarkan Washington DC pada 20 Jun lalu meletakkan Malaysia di Senarai Pemerhatian Tahap 3.
"Malaysia antara negara yang diturunkan status kepada tahap paling
rendah (Tier 3) kerana tidak mematuhi sepenuhnya piawaian minimum bagi
penghapusan aktiviti pemerdagangan manusia.
"Malaysia turut diletakkan di antara negara yang paling tidak
mempunyai undang-undang, bersifat menindas dan tidak berfungsi di
dunia," Laporan Pemerdagangan Manusia 2014 Jabatan Negara Amerika
Syarika dipetik baru-baru ini.
April lalu, penggubal undang-undang Amerika Syarikat menggesa
pentadbiran Presiden Obama menghukum negara-negara yang tidak
mengendahkan aktiviti pemerdagangan manusia termasuk Thailand, Myanmar
dan Malaysia sendiri.
Laporan itu juga mendapati Malaysia telah membuat usaha-usaha yang
tidak mencukupi bagi mengatasi permasalahan itu dan pengurangan jumlah
kes yang disiasat pada tahun 2013 berbanding tahun 2012.
“Negara-negara terlibat juga boleh kehilangan bantuan dari Amerika
Syarikat daripada segi bantuan bukan kemanusiaan dan bukan berkaitan
dengan perdagangan, dan seterusnya mungkin menghadapi tentangan untuk
mendapatkan bantuan daripada institusi antarabangsa seperti Tabung
Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia,” tegas laporan itu. - KeadilanDaily
No comments:
Post a Comment