29/6/14
Oleh Shamsudin Husin
Chukai: “Hati bapa mana tak sebak apabila melihat tubuh anak
tersangkut dan melekat pada besi penghadang pembahagi lebuh raya,” kata
Shafie Bilal Ismail, 43, bapa kepada Muhammad Shafiq, 15, yang maut
dalam kemalangan di Kilometer 302.6 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 2, di
sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 6 petang, mangsa meninggal dunia di tempat
kejadian akibat parah di kepala selepas motosikal Yamaha LC
ditunggangnya bertembung dengan sebuah motosikal Honda EX-5 ditunggangi
seorang buruh ladang warga Indonesia, Muhsan, 47, yang turut meninggal
dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.
Difahamkan, ketika kejadian, mangsa yang juga anak ketiga daripada
lima beradik menunggang secara berkumpulan dengan beberapa rakannya.
Akibat kejadian itu, Muhammad Shafiq tercampak dari motosikalnya sejauh lima meter lalu tersangkut pada besi penghadang pembahagi lebuh raya.
Akibat kejadian itu, Muhammad Shafiq tercampak dari motosikalnya sejauh lima meter lalu tersangkut pada besi penghadang pembahagi lebuh raya.
Shafie berkata, kali terakhir dia berjumpa arwah jam 1 tengah hari ketika anaknya memaklumkan mahu solat Jumaat sambil menyatakan maklumkan tidak tahu bila akan pulang. myMetro
No comments:
Post a Comment