Tuesday, June 24, 2014

Minta cerai, suami pukul isteri hingga mati

24/06/2014  

California, - Seorang lelaki Irak  memukuli isterinya hingga  mati kerana wanita itu meminta cerai. Lelaki  berumur 50 tahun itu dijatuhkan hukuman  penjara 26 tahun.

Pembunuhan ini terjadi di pinggiran San Diego, California, Amerika Seyarikat. Oleh pmahkamah setempat, Kassim Alhimidi dinyatakan bersalah atas dakwaan pembunuhan tingkat pertama. Lelaki Irak itu terbukti membunuh isterinya, Shaima Alawadi (32) di rumah pasangan tersebut pada March 2012.

Kepada Hakim William McGrath, suspek berkeras mengaku tidak bersalah. Dia bahkan mencetuskan, dirinya lebih baik dihukum mati dan jasadnya dikirimkan ke Irak. "Saya tidak bersalah," tutur Alhimidi melalui seorang penterjemah.

"Saya bersumpah saya tidak bersalah," imbuhnya seperti dilapor berita AFP, Selasa (24/6/2014).

Mulanya, polis  percaya  pembunuhan tersebut sebagai kejahatan kerana kebencian. Ini kerana polis  menemui pesan dekat mayat mangsa yang berbunyi: "Ini negara saya. Sana kembali ke negerimu, teroris."

Namun kemudian polis  meyakini bahawa Alhimidi menulis pesan itu sendiri dengan tujuan membuat  penyiasat polis keliru .


Pendakwa umum menyatakan, Alhimidi membunuh isterinya dengan memukul kepalanya paling tidak  enam kali dengan benda tumpul. Lelaki  itu memukul  ibu lima anak itu dari belakang ketika mangsa duduk menghadap komputer.

Terdakwa berdalih bahawa ketika  kejadian, dirinya tidak berada di rumah. Namun pengakuannya ini berlawanan dengan keterangan seorang jiran  dan rakaman kamera pengawas. Akibat pemukulan itu, mangsa kritikal selama tiga hari di rumah sakit sebelum akhirnya menghembuskan nafas terakhir.

No comments:

Post a Comment