Perjanjian Malaysia 1963 Tidak Sah?
Sabah Sarawak Keluar Malaysia : Apabila disebut nama Malaysia, kita ada
Semenanjung Malaysia, Sabah Sarawak barulah lengkap disebut nama
“Malaysia”.
Tanpa bantuan kekayaan hasil mahsul
negeri Sabah, Sarawak tidak ke mana Semenanjung Malaysia sebenarnya,
begitulah sebaliknya. Maisng-masing saling melengkapi antara satu sama
lain. Tetapi biarlah berdasarkan kesepakatan, usaha dan kenikmatan
bersama bukan hanya sekadar laungan sahaja.
Baru-baru ini Presiden Pertubuhan
Aspirasi Rakyat Sarawak (Sapa), Lina Soo mengemparkan Malaysia apabila
mengatakan Perjanjian Malaysia 1963 melanggar United Nations
Decolonisation Declaration 1960 dan tidak sah di sisi undang-undang
antarabangsa.
Siapa Lina Soo? Berita Semasa pun baru
pertama kali mendengar nama ini. Tetapi atas dasar berpegang pada
prinsip tidak melihat siapa yang mengatakan, tetapi lebih kepada
memerhatikan dan manganalisa apa yang dikeutarakan & dilontarkan
serta apa sebenarnya yang mereka mahukan daripada kerajaan Malaysia,
Berita Semasa memerhatikan satu demi apa yang ingin cuba disampaikannya.
No comments:
Post a Comment