23/6/14
Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
Seremban: Remaja OKU, Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang ditinggalkan
dalam kebuluran dan kekeringan di rumahnya di Taman Semarak, Nilai,
dekat sini, kelmarin, memang sah diabaikan.
Selain itu, Muhammad Firdaus hanya mampu menggunakan tiga perkataan
iaitu ibu, ummi dan mama dalam percakapan walaupun umurnya sudah 15
tahun.
Perkara ini didedahkan Pengarah Hospital Tuanku Jaafar Seremban,
Datuk Dr Jaafar Che Mat, pada sidang media, di sini, mengenai tahap
kesihatan Muhammad Firdaus yang dilakukan pihaknya.
"Pemeriksaan kami juga mendapati dia mungkin tidak makan beberapa bulan atau diberikan makanan tidak sepatutnya," katanya.
"Pemeriksaan kami juga mendapati dia mungkin tidak makan beberapa bulan atau diberikan makanan tidak sepatutnya," katanya.
FIRDAUS sedang dirawat di HTJS. FOTO Iqmal Haqim Rosman
Menurutnya, pemeriksaan kesihatan ke atas remaja OKU malang itu tidak menemui sebarang kecederaan dan unsur didera tetapi hanya keadaan badannya yang kering dan dibiarkan kebuluran.
Katanya, berdasarkan laporan itu pihaknya sudah memaklumkan kepada polis dan terpulang kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.
"Ketika remaja ini dibawa ke HTJS, beratnya hanya 15 kilogram dan kami sudah memberikan makanan berkhasiat kepadanya untuk menambah berat badan.
"Keadaannya kini stabil dan memerlukan sekurang kurangnya sebulan untuk menaikkan berat badan dan penjagaan lain," katanya.
Dr Jaafar berkata, pihaknya sudah memberikan ubat kulit kepada remaja itu berikutan ditinggalkan dalam keadaan tidak terurus dan kotor di rumahnya. myMetro
No comments:
Post a Comment