26 Jun 2014
Ketua Umno bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee membidas
tulisan bekas menteri penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin yang menuduh
pemimpin parti itu bermewah-mewah pada sambutan ulang tahun ke-20 bahagian itu, kelmarin.
Zainuddin yang dikenali dengan nama pena 'Zam' mengkritik pujian pengarang kanan Utusan Malaysia, Zaini Hassan yang memuji cara pakaian pemimpin Umno dalam majlis itu.
Menurut Zam, pemakaian persalinan songket berharga di antara RM5,000 sehingga RM30,000 sepasang pada majlis itu menimbulkan persepsi Umno semakin jauh daripada rakyat biasa.
Bercakap kepada Malaysiakini, Syed Ali (kiri) menjelaskan bahawa songket yang dipakainya dan beberapa pemimpin Umno pada malam itu adalah songket murah daripada Pakistan.
"Berapa ramai sahaja daripada kami yang memakai songket pada malam itu? Bukan semua pakai songket.
"Dan takkan dia (Zam) tak tahu hendak bezakan antara songket yang mahal dengan songket yang murah?
"Songket yang kami pakai malam itu songket murah saja daripada Pakistan," katanya.
Jelasnya, beliau tidak faham akan alasan Zam untuk mengkritik kreativiti bahagian Cheras yang hanya menyambut ulang tahunnya setiap lima tahun sekali.
"Jadi apa masalah dia hendak pertikai semua itu? Dia sebagai bekas menteri, saya malulah nak jawab tulisan-tulisan dia yang macam itu.
"Sekupang pun kita tak minta duit dia. Saya sebenarnya tak perlulah
nak menjawab dia, dia sebagai bekas menteri bolehlah dia pakai yang mewah-mewah," katanya.
Menurutnya lagi, mereka memakai persalinan songket yang ditaja dan hanya mengeluarkan belanja sekitar RM60 untuk upah jahit.
Katanya lagi, majlis pada malam itu juga tidak menggunakan duit rakyat, sebaliknya Umno bahagian Cheras berjaya meraih dana sebanyak RM500,000 daripada sumbangan hadirin.
"Bulan Ramadan ini kita boleh bantu ibu tunggal serta anak-anak yatim dan golongan yang memerlukan dengan wang ini," katanya.
"Bagi saya, saya tak pakai duit rakyat maka orang tak boleh pertikailah.
"Dia (Zam) pernah jadi menteri, dialah yang pernah pakai duit rakyat," kata Syed Ali.Malaysiakini

No comments:
Post a Comment