Saturday, June 28, 2014

Wanita Sudan yang murtad kini berlindung di Kedutaan AS

28/6/14
 
africom.com Meriam Yahia Ibrahim Ishag (26), perempuan Sudan yang dijatuhkan hukuman mati kerana memilih memeluk Kristian ketika menikahi suaminya.

KHARTOUM, KOMPAS.com - Suami dari Meriam Yahia Ibrahim Ishag (26), yang baru saja dibebaskan dari ancaman hukuman gantung akibat memeluk Kristian, merasa lega kerana isteri dan kedua anaknya kini mendapat perlindungan di Kedutaan AS di Sudan.

"Saya sangat lega. Staf kedutaan sangat membantu dan ramah," kata Daniel Wani dalam wawancara telepon dengan  berita AFP.

Daniel mengatakan, isteri dan kedua anaknya dalam kondisi sihat di fasiliti milik pemerintah AS yang dijaga ketat di pinggiran ibu kota Khartoum itu. Daniel membenarkan, dia meminta perlindungan kedutaan besar AS kerana isterinya terus mendapatkan ancaman pembunuhan.

Sementara itu di Washington DC, juru cakap Kementerian Luar Negeri Marie Harf mengatakan Meriam dan keluarganya kini berada di "tempat selamat".

"Pemerintah Sudah sudah memberi jaminan kepada kami bahawa keluarga ini akan terus selamat," kata Harf yang tidak menyebut lokasi perlindungan keluarga itu.

Salah satu kuasa hukum Meriam Yahya, Mohanad Mustafa mengatakan keluarga perempuan itu meminta bantuan misi diplomatik AS begitu dibebaskan setelah ditahan polis dilapangan terbang ketika akan berangkat ke Amerika Syarikat.

"Keluarga Meriam menilai kedutaan besar AS adalah tempat yang selamat bagi mereka," kata Mustafa.

Setelah dibebaskan dari ancaman hukuman mati kerana murtad, Meriam Yahia kembali ditahan kerana dituduh menggunakan dokumen palsu untuk meninggalkan Sudan. Meriam Yahia Ishag dilahirkan dari ayah yang seorang Muslim dan ibu yang memeluk Kristeian Ortodoks Etiopia.

Sang ayah meninggalkan keluarganya sejak Meriem berusia lima tahun dan membuat dia hanya dirawat ibunya hingga dewasa. Menurut  uskup  Khartoum, Meriem memeluk Katolik tak lama sebelum dia menikah.

Pada 15 Mei lalu, sebuah pmahkamah di Khartoum menjatuhkan hukuman mati kepada Meriam kerana meninggalkan Islam dan memilih memeluk Kristian. Hukuman mati itu dijatuhkan berdasarkan Syariah Islam yang diterapkan di negeri itu sejak 1983.

Meski sudah bebas dari ancaman hukuman mati, namun keinginan Meriem meninggalkan Sudan nampaknya belum akan terlaksana dalam waktu dekat.  "Sebab dia dituduh melakukan tindak jenayah. Sehingga dia tak boleh meninggalkan Sudan," kata Mustafa, sang kuasa hukum.
Editor : Ervan Hardoko
Sumber: Al Arabiya

No comments:

Post a Comment