KUALA LUMPUR: PAS akan menuntut penjelasan daripada
Beijing berhubung laporan bahawa penjawat awam, pelajar dan guru
dilarang berpuasa sepanjang bulan Ramadhan ini khususnya di wilayah
Xinjiang.
Timbalan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar berkata jika laporan itu benar, ianya adalah suatu tindakan yang melanggar hak beragama dan hak asasi manusia.
"Jika laporan ini benar, PAS membantah larangan ini kerana ianya bercanggah dengan hak asasi manusia khususnya hak beragama.
"Ia juga bercanggah dengan dasar negara lain di dunia termasuk Amerika Syarikat dan Britain," katanya sambil merujuk sikap yang ditunjukkan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dan Perdana Menteri Britain David Cameron.
Obama pada Isnin lalu menyampaikan ucapan selamat berpuasa 'Ramadhan Kareem' kepada seluruh umat Islam di dunia sempena kehadiran bulan yang mulia ini.
"Saya mahu menyatakan harapan terbaik kepada umat Islam di Amerika dan di seluruh dunia. Ramadan Kareem.
"Ramadhan adalah masa untuk refleksi diri dan ketaatan. Satu masa apabila umat Islam berpuasa pada siang hari dan melakukan solat tarawih pada malam hari, " kata Obama dalam satu kenyataan video.
Sementara itu, Cameron dalam mesej Ramadhan kepada masyarakat Islam pula memuji sikap umat Islam di negara itu yang banyak bersedekah dan menderma kepada komuniti yang memerlukan khususnya pada bulan Ramadhan.
"Sekali lagi tahun ini kerajaan menyokong program program Iftar (berbuka) beramai-ramai, dengan ratusan komuniti.
"Marilah saya ucapkan kepada kamu sekali lagi, 'Ramadhan Mubarak'," kata beliau.
Beberapa media antarabangsa semalam melaporkan Umat Islam di rantau Xinjiang, China yang bekerja sebagai penjawat awam, pelajar dan guru-guru dilarang daripada berpuasa pada bulan Ramadhan.
Pihak berkuasa China mendakwa sekatan puasa adalah bertujuan untuk memastikan kesihatan pekerja kerajaan tidak terjejas. - HARAKAHDAILY 3/7/2014

No comments:
Post a Comment