Selasa, 01 Julai 2014
Photo copyright Dailystar.co.uk
Wang Feng adalah seorang lelaki yang mengalami kelumpuhan. Tapi, dia tak
menyangka bahawa akan ada hari yang begitu malang dalam
hidupnya. Di mana ia diperlakukan dengan tidak sepatutnya oleh seorang pemandu teksi.
Di tengah lalu lintas yang sibuk, sebuah teksi
menawarkan diri pada lelaki 38 tahun itu untuk ditumpangnya. Setelah
tawar menawar harga, pemandu dan Wang Feng sepakat dengan harga perjalanan
yang akan dibayarkan. Sayangnya, lalu lintas terlalu sedak hari itu.
Pemandu teksi ini mulai menggerutu dan mengatakan bahawa dia terpaksa menaikkan
tarif tumpangannya. Namun Wang feng menolak. Ia sudah tak ada wang lagi
dan memprotes kerana sudah sepakat dengan harga yang mereka bincang di awalnya.
Protes
yang diajukan Wang Feng malah membuat pemandu teksi itu geram. Akhirnya
pemandu teksi itu berhenti dan membawa Wang Feng keluar dari teksinya. Tak
cukup sampai di situ, dia bahkan membawa Wang Feng di tengah jalan dan
meninggalkannya di sana. Wang Feng merasa sangat teraniaya dan ia hampir
tak tahu bagaimana nasibnya kerana tak dapat berjalan.
Untunglah
ada penunggang motorsikal yang melihatnya dan segera memanggilkan polis . Ketika ini pemandu teksi itu masih dalam pencarian dan dipercayai bukan berasal
dari agen terdaftar.
Vemale.com
No comments:
Post a Comment