KUALA LUMPUR: Rancangan tempatan yang melibatkan
daerah Kuala Langat (Pengubahan 3) 2020 akan mengambil kira pembangunan
yang pesat di daerah itu.
Exco
Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar Negeri Selangor
Iskandar Abdul Samad berkata, rancangan tempatan itu telah mencadangkan
lot-lot tanah yang strategik diubah syarat dari pertanian kepada
perumahan atau perindustrian.
"Terdapat cadangan untuk di ubah syarat tanah dari perumahan kepada perindustrian.
"Cadangan ini adalah berdasarkan permohonan dari pemilik-pemilik tanah dan kajian oleh Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL)," katanya dalam satu kenyataan.
Sebelum itu, katanya, pendengaran awam untuk Draf Rancangan Tempatan Kuala Langat (Pengubahan 3) 2020 telah dijalankan pada 8 September lepas di pejabat MDKL yang dipengerusikan oleh beliau.
Bagaimanapun, katanya, terdapat 144 bantahan dan maklumbalas telah diterima dari pemilik-pemilik tanah dan pihak-pihak yang berkepentingan.
"Butir-butir bantahan dan maklum balas yang diterima akan dibincangkan di Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Selangor dan Mesyuarat Exco sama ada untuk menerima atau menolaknya," kata beliau.
- HARAKAHDAILY 9/8/2014

No comments:
Post a Comment