Thursday, September 11, 2014

Ingin Tonton Pertandingan Volleyball lelaki , Puluhan Wanita Iran Ditahan

Rabu, 10 September 2014 
 
Facebook/Mirror Ghoncheh Gavanni (25) yang ditahan di Iran kerana nekat ingin menonton pertandingan volleyball lelaki .

TEHERAN, KOMPAS.com — Puluhan wanita, termasuk seorang wanita Inggris, dimasukkan ke dalam penjara di Iran setelah dia mencuba menonton satu pertandingan volleyball lelaki
Ghoncheh Ghavami, nama wanita Inggeris itu, ditahan bersama puluhan wanita lainnya di luar sebuah stadium di Teheran pada bulan Jun . Sejak itu, Ghoncheh ditahan di sebuah penjara di ibu kota Iran tersebut.

Puluhan wanita itu sebenarnya sedang membuat  aksi tunjuk perasaan terkait hak-hak wanita Iran. Salah satu bahagian aksi tunjuk perasaan itu adalah mencuba masuk ke dalam stadium dan menyaksikan   pertandingan volleyball lelaki.

Di dalam stadium itu, pasukan volleyball Iran sedang menghadapi Itali . Namun, Pemerintah Iran melarang perempuan menyaksikan pertandingan itu kerana para atlet volleyball lelaki itu dianggap tidak "berpakaian lengkap".

"Dalam kondisi saat ini, bercampurnya penonton lelaki dan wanita di dalam stadium bukan merupakan kepentingan publik," kata Ketua Polis Iran, Esmail Ahmadi Moghadam, kepada kantor berita Fars.

Perempuan berusia 25 tahun yang memegang paspot Iran dan England itu sebenarnya sudah dilepaskan dari tahanan  polis . Namun, ketika dia sedang  kembali ke balai polis  untuk mengambil barang-barangnya beberapa hari kemudian, dia ditangkap kembali dan dibawa ke LP Evin, Teheran.

Wanita itu ditahan di sebuah sel isolasi di penjara yang dikenal sebagai tempat untuk menahan para tahanan politik dan jurnalis penentang kebijakan pemerintah. Saudara laki-laki Ghoncheh, Iman Ghavami, mengatakan, keluarganya sangat terpukul dengan penangkapan Ghoncheh.

Kementerian Luar Negeri dan Persemakmuran England dikhabarkan sudah mengetahui permasalahan ini dan sedang mengusahakan bantuan. Namun, hubungan diplomatik yang beku antara Iran dan England membuat usaha pembebasan semakin sukar.

Kini sebuah kempen online dilancarkan sebagai usaha untuk membebaskan perempuan itu dengan menggunakan tanda hatchtag #FreeGhoncheh Ghavami. Sebuah laman Facebook pun dibuat untuk kepentingan ini.
Editor : Ervan Hardoko
Sumber: Mirror

No comments:

Post a Comment