- 30 May 2015
Tindakan mentafsir perlembagaan mengikut konteks tertentu demi
keuntungan sempit seseorang boleh dianggap sebagai menderhaka, kata
Pengerusi Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS), Tunku Zain
Al-Abidir Tuanku Muhriz (gambar).
Bercakap dalam satu forum di Petaling Jaya hari ini, beliau berkata tindakan sedemikian mesti dikutuk.
"Dalam tempoh beberapa tahun lalu, peruntukan diambil di luar konteks bagi membolehkan ia menjadi hujah menunjukkan negara dan matlamat insitusinya ditubuhkan demi kepentingan pihak tertentu mengatasi yang lain.
"Cubaan ini patut dikutuk sebagai menderhaka dan mengarut," katanya.
Putera kepada Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan itu bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut bagaimana peruntukan perlembagaan negara disalah guna untuk kepentingan pihak yang dimaksudkan.
Katanya, pengasas dan perdana menteri pertama negara, Tunku Abdul Rahman sudah menjelaskan bentuk negara yang diimpikannya.

Malaysiakini
No comments:
Post a Comment