KUALA LUMPUR: Facebook 'troll'
Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul
Rani Kulup Abdullah dilihat lebih popular daripada yang dimiliki Datuk
Ahmad Maslan kerana pengajaran yang terkandung di dalam laman itu
sendiri.
Tegas
Abdul Rani, walaupun laman itu dikendalikan 'peminat'nya, ia dilihat
memberi lebih banyak teladan dan bermanfaat daripada laman Facebook 'troll' Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.
"Peminat meletakkan aktiviti seharian saya selain bukan berniat memperlekeh. Bilangan 'like' juga jauh lebih banyak daripada Ahmad Maslan.
"Walaupun
saya sendiri tidak mengenali pengendali laman itu, namun ia banyak
membantu peminat-peminat saya untuk tahu aktiviti seharian yang dibuat
MJMM.
"Ia
sekali gus menaikkan nama MJMM dan memberi lebih promosi kepada banyak
isu-isu negara yang harus diberi perhatian selain banyak laporan polis
yang dibuat sebelum ini," katanya kepada Astro AWANI di sini.
Tinjauan Astro AWANI mendapati laman FB 'troll' 'Abdul Rani Kulup Fans' mempunyai lebih 105,000 'like' sementara 'Ahmad Maslan Fans' hanya mencatat 15,000 'like.'
Laman FB 'troll''Abdul Rani Kulup Fans' kini mempunyai lebih 105,000 'like.' -Sumber gambar Facebook
No comments:
Post a Comment