Kenyataan Rasmi Bank Negara berkenaan merudumnya kadar tukaran
matawang Ringgit Malaysia telah membuktikan rakyat telah ditipu oleh
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.
Beliau menyatakan punca kejatuhan Ringgit ini kononnya akibat
serangan daripada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir terhadap
kepimpinan PM Najib.
Bank Negara menyatakan punca kejatuhan Ringgit adalah perkembangan global dan dalam negeri.
Perkembangan global termasuklah jangkaan pelabur berhubung dengan
dasar monetari bank-bank pusat utama serta trend harga minyak mentah dan
gas.
Faktor-faktor dalam negeri termasuklah kebimbangan terhadap entiti
berkaitan kerajaan (GLC) dan isu berkaitan penarafan. Tidak pula
dinyatakan serangan Tun Mahathir sebagai punca.
Justeru, saya mendesak Datuk Ahmad Maslan bertanggungjawab untuk menarikbalik kenyataan palsu yang dibuat oleh beliau.
Jelas ia adalah taktik terdesak demi membela PM Najib daripada serangan berterusan oleh Tun Mahathir.
Beliau turut mengulangi kenyataan palsu ini di Parlimen.
Saya memohon agar Datuk Ahmad Maslan dibawa ke Jawatankuasa Hak dan
Kebebasan Parlimen pada sidang akan datang kerana beliau telah berbohong
dan mengelirukan ahli dewan. - HARAKAHDAILY 20/6/2015
DATUK MAHFUZ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
20 Jun 2015
Ahli Parlimen Pokok Sena
20 Jun 2015
No comments:
Post a Comment