Sinar Harian
BEIJING-CHINA. Seorang warga emas dihadapkan ke mahkamah selepas
didapati bersalah atas kesalahan membunuh suaminya dengan menggunakan
tali dan cuba membunuh diri sendiri di rumah mereka di Beijing.
Cui, 63, dikatakan menjaga suaminya yang lumpuh kerana infarksi serebrum sejak 15 tahun lalu.
Demi menumpukan sepenuh perhatian ke atas penjagaan suaminya, Cui dikatakan berhenti kerja dan bekerja sambilan sebagai peniaga di tepi jalan.
Walaupun menerima sumbangan kebajikan dari kampungnya, Cui masih berhempas-pulas dan terhimpit untuk mencari rezeki di samping membiayai kos perubatan suaminya.
Sesekali pada hujung minggu, anak-anaknya yang masing-masing hanya memperoleh pendapatan sebanyak 3,000 yuan (RM1,804.30 ) sebulan akan pulang ke kampung untuk menjenguk mereka berdua.
Situasi buat kedua pasangan itu kian memburuk apabila Cui didiagnos dan disahkan menghidap penyakit yang sama pada tahun 2013.
Menurut anak perempuan Cui, sejak ayahnya lumpuh, ibunya terpaksa mengunyahkan makanan untuk ayahnya sebelum memasukkan makanan tersebut ke dalam mulut ayahnya.
Apabila keadaan dilihat semakin genting, Cui bertindak menjerut leher suaminya dengan tali pada 6 Mac lalu sebelum menghiris pergelangan dan lehernya berkali-kali.
Dia kemudiannya berubah fikiran dan menghubungi anak perempuannya untuk menceritakan apa yang berlaku.
"Saya memang betul-betul tidak tahan. Saya tak (tidak) mahu bebankan anak-anak saya.
"Waktu itu saya berasa sangat kecewa. Saya tidak patut buat begitu," katanya ketika dibicarakan di mahkamah baru-baru ini.
Menurut portal Shanghaiist, hukuman ke atas Cui diringankan selepas mahkamah menerima lebih seratus surat rayuan daripada penduduk kampung yang menggesa pengampunan diberikan ke atas Cui.
Hukuman tersebut diringankan atas dedikasi Cui menjaga suaminya selama ini.
Menurut portal itu lagi, keluarga Cui telah pun memaafkan tindakan yang dibuat olehnya dan memahami situasi terdesak yang terpaksa dilalui oleh Cui.

No comments:
Post a Comment