Sinar Harian
- Kajol (kanan) yang mengalirkan air mata selepas dihukum penjara sebulan dan denda RM1,000 kerana kesalahan berpakaian wanita kali keempat.
KOTA BHARU – Mendapat khabar berita berhubung rakan seperjuangannya
Kajol yang dihukum penjara kerana berpakaian wanita di Mahkamah Syariah,
di sini, minggu lalu, membuatkan dia terkedu dan sedih.
Pendikir terkenal Kelantan, Megat Nordin atau nama sebenarnya Nor Din
Yusoff, 54, berkata, sebagai orang yang bertanggungjawab memperkenalkan
Kajol atau nama sebenarnya, Mohd Hafiz Jefery, 29, ke dunia seni, beliau
seharusnya merasa hiba atas nasib pendikir itu.
Katanya, Kajol adalah seorang individu yang sangat baik budi pekertinya
dan walaupun dia dilahirkan sebagai seorang lelaki, Kajol secara semula
jadi mempunyai perwatakan lemah lembut serta sentiasa menghormati orang
yang lebih tua.
“Saya mengenali Kajol ketika usia dia baru mencecah lima tahun. Ketika
itu, dia bersama seorang rakan datang berjumpa saya yang sedang
berniaga di Pasar Borong Wakaf Che Yeh dengan tujuan mahu saya
membawanya ke majlis-majlis untuk menyanyi bersama saya.
“Mulanya, saya tidak yakin dan kemudian dia mengikut saya pulang ke
rumah. Kebetulan ketika itu musim cuti sekolah dan rumahnya pula jauh di
Gua Musang, jadi saya benarkan dia tinggal selama seminggu,” katanya.
Mengimbau kenangan 18 tahun lalu itu, Megat Nordin berkata, dia
kemudian mempercayai bakat yang ada pada Kajol ketika terdengar dia
menyanyi di dalam bilik mandi rumahnya.
“Di situ terlintas di hati saya, boleh tahan nyanyian budak ini. Saya
kemudian membawanya berlatih menyanyi dan apabila bakat itu disedari
orang lain, dia kemudian mempunyai pengurus serta mula bergerak sendiri
sehingga sekarang,” katanya.
Menurutnya, ketika seminggu Kajol yang juga berasal dari suku kaum
Orang Asli itu tinggal di rumahnya, dia dapat lihat sifat kewanitaan
yang ada dalam diri Kajol seperti sangat sukakan kebersihan dan banyak
masa berada di dapur basuh pinggan mangkuk serta bantu isterinya
memasak.
“Ketika itu, dia masih berpakaian seperti kanak-kanak lelaki yang lain
dengan berseluar panjang dan berbaju T. Cuma semasa dia betul-betul
aktif menyanyi sahaja dia mula memakai pakaian wanita. Dia pernah kata
pada isteri saya, rela mati kalau tidak pakai macam perempuan,” katanya.
Walaupun bersedih dengan hukuman yang dikenakan kepada Kajol, Megat
Nordin yang juga pemenang keempat Kilauan Emas musim ke-4 lalu tetap
tidak bersetuju dengan cara Kajol berpakaian wanita tersebut dan
menasihatkan pendikir yang sudah dianggap seperti anaknya itu supaya
berubah.
“Saya anggap dia sebagai anak dan mahu membantu dia mengubah cara
berpakaian kerana dalam Islam itu yang salah tetap salah. Tidak boleh
kita halalkan dan dia seharusnya menerima kelembutan yang dijadikan
tuhan itu sebagai satu ujian untuk dia melawan dan menjadi lelaki
tulen,” katanya.
ALHAMDULILLAH RAMADHAN INI PENUH BERKAH
ReplyDeleteSaya ingin menyampaikan kepada seluruh Tki yang bekerja di negeri orang saya Kamarudin seorang TKI DI Malaysia pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan hamil gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak kebetulan suami saya buka-buka internet, mendapatkan nomor aki katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah jadi saya coba hubungi aki dan minta angka bocoran toto magnum angka yang di berikan 4D ternyata betul-betul tembus 100% bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negri apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah anda hubungi aki wowo di nomor 085-328-880-180 silahkan buktikan sendiri aki tidak melayani SMS demi allah saya sudah membuktikan. untuk info lebih jelas Klik: KLIK DI SINI