KUALA SELANGOR: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman mengakui beliau terluka dengan perkembangan dalam PAS hari ini.
Ini katanya bagi memberi tumpuan kepada NGO yang dipimpinnya iaitu
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) yang diluluskan
pendaftarannya oleh ROS baru-baru ini.
"Saya tak mahu berpolemik, saya nak buat kerja kerana pembelaan
terhadap rakyat lebih penting," tegasnya ketika berucap pada sesi
penggulungan ucapan dasar presiden di Muktamar Tahunan PAS Ke-61 hari
ini.
Ini ekoran kenyataan awalnya yang dimuatkan dalam facebook beliau semalam.
Menurutnya, buat tempoh tertentu, beliau mahu menumpukan perhatian terhadap NGO Anak yang mempunyai pejabat baru di Ukay Perdana.
Menurutnya, buat tempoh tertentu, beliau mahu menumpukan perhatian terhadap NGO Anak yang mempunyai pejabat baru di Ukay Perdana.
"Memperkasa organisasi dan menangani isu FGV serta kebajikan warga
Felda adalah fokus utama. Ia disentuh dalam Ucapan Dasar Presiden PAS ,
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang," katanya.
Tambah Mazlan, sungguh pun komitmen terhadap NGO Anak akan
diteruskan, kemelut dalaman parti telah memberi kesan yang mendalam
terhadap dirinya.
" Sebagai manusia biasa dan penglibatan dalam PAS sejak tahun 1986,
situasi ketika ini paling mencabar dan menuntut kesabaran yang tinggi.
Apatah lagi ramai rakan akrab puluhan tahun berjuang dan berkorban telah
tewas dalam pemilihan.
"Saya amat sedih dengan suasana ini dan mengganggu emosi saya. Ia
detik yang sukar; kepada Mu Ya Allah, hamba Mu memohon pertolongan,"
luahnya. - HARAKAHDAILY 6/6/2015
Sesungguhnya apa yg saya lihat perjuangan mazlan selama ni dilihat suci kerana tidak langsung perlu bertelagah dgn mana2 parti komponen.. samada bersama atau tidak diharap mazlan teruslah beristiqamah.. yg lain2 biarlah kepimpinan baru mengorak langkah.. sama2 kita berjuang demi rakyat walaupun agak berbeza cara.. kami pun x harap agar perselisihan ini berterusan.. kalau dlm 2 tahun ni kepimpinan baru gagal maka tidak salah jika diminta berundur dgn sendirinya... x perlu bertanding..
ReplyDelete