KUALA LUMPUR: Selangor memberi jaminan akan terus
mengukuhkan pentadbiran kerajaan negeri di sebalik krisis yang berlaku
antara parti komponen dalam Pakatan Rakyat.
Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata fokus kini diberi untuk
memenuhi aspirasi rakyat melalui penjanaan pertumbuhan ekonomi dan
keadilan sosial.
“DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah mengambil maklum penjelasan yang
saya berikan dan baginda mahu Kerajaan Negeri terus stabil untuk
membangunkan Selangor dan melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat,”
katanya dalam satu kenyataan.
Mohamed Azmin berkata, beliau turut memaklumkan kepada baginda
berkenaan kemajuan memuktamadkan Perjanjian Utama Penstrukturan Semula
Industri Perkhidmatan Air di Selangor.
Mohamed Azmin mengadakan pertemuan bersama DYMM Sultan Selangor untuk
memaklumkan berkenaan urusan kerajaan sebelum mesyuarat mingguan Majlis
Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), pada 22 Jun lalu. - HARAKAHDAILY 23/6/2015
No comments:
Post a Comment