Sinar Harian
PUTRAJAYA - Pakar-pakar dan pemimpin menggesa Datuk Seri G Palanivel
untuk menerima keputusan yang dibuat oleh Pendaftar Pertubuhan (Malaysia
ROS) dan meneruskan kehidupan demi kepentingan parti.
Mereka berkata, beliau mesti menerima kenyataan dan membenarkan parti berusia 68 tahun itu mengadakan pemilihan semula dan mula memberi tumpuan kepada masyarakat India di negara ini.
Penganalisis politik, Profesor Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed dari Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata, Palanivel mempunyai dua pilihan, pertama menerima keputusan itu dengan hati terbuka, yang beliau mungkin tidak tidak akan berbuat demikian atau mencabar keputusan itu di Mahkamah.
Palanivel boleh mencabar kesahihan keputusan oleh ROS di mahkamah dan memohon bahawa mahkamah mengisytiharkan keputusan ROS adalah tidak sah.
"Kedua-dua keputusan ini adalah yang terbaik untuk beliau buat masa sekarang," kata Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa UUM itu kepada Bernama hari ini.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau menerima keputusan yang dibuat oleh ROS berhubung krisis kepimpinan dalam MIC.
Ketua Pengarah ROS Datuk Mohammad Razin Abdullah dalam surat bertarikh 25 Jun kepada Setiausaha Agung Jawatankuasa Kerja Pusat Interim parti komponen BN itu bagi tahun 2009, menyatakan bahawa Palanivel tidak lagi menjadi anggota MIC dan bahawa timbalan presiden MIC Datuk Seri Dr S.Subramaniam akan mengambil alih tugas Palanivel sebagai pemangku presiden.
Isi kandungan surat itu dihebahkan kepada media oleh Dr Subramaniam dalam satu kenyataan pada Khamis.
Ahmad Marthada menambah ROS membuat keputusan berdasarkan Perkara 91 perlembagaan parti berikutan permintaan oleh ahli-ahli parti tertentu supaya ROS menentukan kesahihan CWC.
Perkara itu menyatakan mana-mana ahli yang membawa perkara yang menyentuh parti ke mahkamah tanpa sokongan CWC secara ipso facto (automatik) hilang kelayakan sebagai anggota. "Ia bukan salah ROS apabila isu ini digembar-gemburkan.
Bagaimanapun, sama ada keputusan ROS menjadi ujian undang-undang masih belum dapat dilihat, bergantung kepada usaha mencabar kuasa RoS dari segi perlembagaan untuk membuat keputusan itu," katanya.
Menyuarakan pandangan yang sama ialah pensyarah kanan Kajian Politik dan Antarabangsa UUM, Md Shukri Shuib, yang juga meminta Palanivel supaya menghormati keputusan ROS, dan Dr Subramaniam untuk mengemudi parti ke arah hala tuju yang betul.
"Palanivel dan para penyokongnya diharap akan bertindak secara rasional dengan menghormati undang-undang partinya sendiri dan peraturan nasional (ROS).
Sebagai pemimpin politik, Palanivel perlu sentiasa lebih mengutamakan kepentingan parti dan rakyat daripada kepentingannya sendiri.
Jika tidak berpuas hati, sila rujuk terus kepada ROS dan bukan menggunakan media sebagai alat untuk tujuan politik. Selesaikan isu dalaman MIC secara aman," kata beliau.
Sementara itu, seorang lagi pakar, Profesor Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani dari UUM berkata Palanivel boleh membuat rayuan kepada ROS dan membawa perkara ini ke mahkamah untuk mendapat penjelasan jika beliau tidak menerima keputusan itu.
"Apa yang dilakukan ROS adalah berdasarkan interpretasi Perlembagaan MIC," kata Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa, Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa.
Bagaimanapun, seorang peguam, RT Rajasekaran, berkata apa-apa tafsiran mengenai Perlembagaan MIC biarlah anggota-anggota MIC memutuskannya dan itulah yang diperjuangkan oleh Palanivel sejak hari pertama krisis dengan ROS bermula.
"Memberi lebih banyak ruang kepada ROS daripada apa yang dibenarkan di bawah Akta Pertubuhan dan Perlembagaan MIC mungkin boleh menambahkan lagi kekeliruan kepada semua pihak," dakwa beliau.
Bekas Setiausaha Agung MIC, Tan Sri G Vadiveloo juga berkata, bahawa Palanivel bukan lagi presiden atau pun anggota parti kerana melanggar Perlembagaan.
"Budaya politik Malaysia sentiasa menekankan tentang perlunya seorang pemimpin yang kuat yang boleh menerajui parti ke tahap lebih tinggi, dan berani untuk menghadapi cabaran yang lebih besar. Biarlah parti meneruskan kehidupannya," katanya.
Sementara itu, bekas naib presiden MIC Datuk Seri SK Devamany meminta Palanivel menghormati keputusan RoS dan membiarkan CWC interim yang diiktiraf untuk mengendalikan pemilihan semula parti demi kebaikan parti daripada terus berkeras dengan pendiriannya.
Devamany yang juga seorang daripada anggota CWC interima yang diiktiraf ROS menegaskan bahawa krisis parti akan bertambah meruncing jika Palanivel masih mempersoalkan keputusan ROS.
"Surat ROS adalah amat jelas sekali. Keputusan itu dibuat berdasarkan undang-undang, kaedah dan peraturan, malah berdasarkan Perlembagaan MIC. Beliau (Palanivel) perlu menerimanya," kata beliau kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini. - Bernama

No comments:
Post a Comment