KUALA LUMPUR: Nik Nazmi Nik Ahmad tertarik dengan
laporan-laporan yang mengatakan bahawa Presiden Amerika Syarikat,
Barrack Obama akan membuat lawatan ke Malaysia sekali lagi pada bulan
November, walaupun baru sahaja membuat lawatan pada bulan April tahun
ini.
Menurut Ketua Angkatan Muda Keadilan itu, apa yang lebih menarik
adalah lawatan pada bulan April itu merupakan lawatan pertama seorang
Presiden Amerika Syarikat selepas hampir 50 tahun.
Katanya, lawatan terakhir adalah pada tahun 1966 yang diketuai oleh Presiden Lyndon B Johnson.
"Mengapa tiba-tiba seorang Presiden Amerika begitu tertarik dengan Malaysia dan rantau ini?
"Adakah mungkin kerana beliau ingin meraih sokongan untuk Perjanjian
Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang semakin lama semakin lesu?" tanya
beliau dalam satu kenyataan.
Pada bulan lepas, katanya pentadbiran Obama gagal untuk mendapatkan
sokongan Senat, terutamanya daripada golongan ahli parti Demokrat beliau
sendiri bagi mendapatkan kuasa fast-track untuk berunding perihal TPPA.
Walau bagaimanapun, ujarnya Kongres Amerika Syarikat baru-baru ini meluluskan juga Trade Promotion Authority, dengan majoriti tipis dan kini ia perlu mendapatkan semula kelulusan di Senat.
"Kesungguhan Obama untuk meluluskan perjanjian ini, yang sehingga
sekarang masih tetap dirunding dengan penuh sulit, menimbulkan beberapa
persoalan mengenai niat beliau," ujarnya.
Menurutnya, seperti yang sudah dilaporkan di merata-rata tempat, TPPA
merupakan satu perjanjian yang berat sebelah dan hanya memberi manfaat
kepada syarikat-syarikat transnasional besar Amerika, di samping
menjejaskan kedaulatan negara-negara lain, termasuklah Malaysia, serta
kesihatan awam dan kebebasan internet.
Tambahnya lagi, Obama sendiri tidak mampu meyakinkan rakan-rakan
parti Demokrat beliau untuk menyokong perjanjian itu walaupun Amerika
pasti menerima manfaat yang besar, maka Malaysia sepatutnya sedar
perkara ini dan tidak meneruskan rundingan.
"Dalam hal ini kerajaan Malaysia mestilah membuat pendirian terhadap
komitmen mereka sama ada mereka sanggup membenarkan Amerika Syarikat dan
syarikat-syarikat besar negara itu merobek kekayaan negara ini atau
membuat keputusan yang betul dan mempertahankan kepentingan dan
kedaulatan negara kita," ujarnya. - HARAKAHDAILY 22/6/2015
Anda butuh angka ghoib 2d 3d 4d singapura/hongkong yang di jamin tembus selama 5 kalli putaran silahkan hubungi eyang woro manggolo di 0823-9177-2208 atau anda bisa karna saya sudah menbuktikannya,terima kasih. الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل
ReplyDelete