31/08/15
Perhimpunan Bersih 4 yang berlangsung di Dataran Merdeka
selama 34 jam yang berakhir tengah malam tadi mencatatkan kehadiran
kira-kira 500,000 orang, dakwa penganjur.
"Keseluruhan peserta
yang hadir ke perhimpunan BERSIH 4 selama 34 jam ini dianggarkan seramai
500,000 orang," kata Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah.
Bercakap
dalam sidang media di ibu negara petang ini, Maria berkata pihaknya
sedia mempertimbangkan kemungkinan untuk mengadakan BERSIH 5 jika dua
mesej utamanya itu tidak akan menjadi realiti.
"Kami akan mempertimbangkan penganjuran Bersih 5," katanya Maria sambil menyifatkan perhimpunan dua hari itu berjaya.
"Hari
ini kita ulang lagi tuntutan kita sehingga kita dapat mencapainya. Kita
bukan hanya hendak perdana menteri berundur, tapi kita hendak reformasi
institusi," katanya.
Dalam sidang media itu juga, Maria
mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk NGO, pemimpin parti
politik dan kumpulan BangsArt yang turut menghiburkan peserta dalam
perhimpun itu malam tadi.
Dataran Merdeka bertukar menjadi lautan kuning ketika Bersih 4 memasuki jam terakhirnya malam tadi.
Jalan di sekitar dataran bersejarah itu penuh padat apabila ramai peserta tiba pada saat penghujung acara.
Khalayak
turut dihiburkan dengan pelbagai persembahan di pentas utama malah
orang ramai turut melaungkan "Bersih, Bersih" dan mencipta suasana
meriah dengan bunyi tiupan vuvuzela memenuhi ruang udara.
Pada
awal malam, beberapa speaker menyampaikan ucapan di depan peserta di
beberapa lokasi, termasuk di Jalan Tun Perak dan Jalan Tuanku Abdul
Rahman.
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment