25/09/15
Sehari sebelum himpunan diuar-uarkan akan diadakan di Jalan Petaling, Duta China Huang Hui Kang melawat kawasan itu hari ini.
Selepas
meluangkan masa kira-kira sejam melihat pusat komersial yang didominasi
peniaga Cina di situ, Huang memberitahu media, negaranya menentang
sebarang bentuk keganasan, perkauman dan sikap melampau yang disasarkan
terhadap kumpulan etnik tertentu.
"Tiada mana-mana pihak berhak memperlekehkan undang-undang atau menghina undang-undang.
"Kerajaan
China sentiasa menghormatoi kewujudan bersama secara aman melalui
hubungan antarabangsa dan tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman
negara lain.
"Berhubung dengan percanggahan kepentingan China,
pelanggaran hak undang-undang dan kepentingan rakyat serta warga China
yang mungkin merosakkan persahabatan antara China dan Malaysia, kita
tidak akan leka," kata Huang.
Lawatan Huang ditemani pemimpin Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kuala Lumpur.
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment