Zam mendakwa Dr Mahathir tidak bimbangkan kebangkitan parti DAP tetapi khuatir kerana Najib lebih berbahaya dari parti itu
PETALING JAYA: Kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad ke demonstrasi Bersih 4.0 menunjukkan beliau tidak memilih
bangsa untuk bersama rakyat yang mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri
Mohd Najib Tun Razak.
Menurut bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin, bekas
Perdana Menteri telah bertindak berani untuk bersama penunjuk perasaan
yang kebanyakannya bukan Melayu.
“Apa ruginya Tun di himpunan BERSIH kecuali yang fikir akan
bangsatkan diri sendiri. Beranikah Kit Siang di tengah Melayu yang
marah,” tulisnya bagi menjawab kutukan pihak tertentu terhadap Dr
Mahathir.
Tulisnya lagi, kehadiran itu membuktikan bahawa Dr Mahathir tidak
bimbangkan kebangkitan parti DAP tetapi khuatir dengan Najib yang
dianggapnya lebih berbahaya daripada parti itu.
“Kepada ribuan peserta BERSIH Tun tegaskan dia mahu BN kekal tapi hanya mahu Najib undur. Dia tidak sokong Bersih.
“Kenapa Tun hadir di himpunan Bersih Cina? Kerana Tun fikir Najib
lebih bahaya dr Dap. Tidakkah ini juga yg difikiran oleh orang Melayu?
“Jelas tujuan Tun in whatever cause Najib must go. Itu sebab utama
dia hadir di BERSIH. Dia mahu Najib pergi kerana dia sayangkan Umno,”
katanya.
Bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu itu turut kesal dengan
akhbar milikan UMNO, Utusan Malaysia yang menyatakan Mahathir hadir ke
demonstrasi Bersih 4.0 adalah kerana menyokong tindakan rakyat.
Namun, akhbar itu tidak menjelaskan tujuan utama Mahathir datang ke
acara tersebut adalah untuk menyokong rakyat yang mahu Najib segera
berundur.
itu bukan demonstrasi, tapi lebih kepada rapat umum untuk menyatakan rasa sakit dihimpit GST, dan najib mesti step down, dulu waktu reformasi, itu barulah demonstrasi.
ReplyDelete