27/09/15
Sebuah NGO baru mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melakukan
sumpah laknat berkaitan sejumlah RM2.6 bilion yang didepositkan ke
dalam akaun peribadi beliau.
Pengasas dan presiden NGO Kuasa Suara
Rakyat (KSR) Umi Hafilda Ali berkata Najib sepatutnya bersumpah bahawa
RM2.6 bilion yang disumbangkan oleh seorang penderma dari Timur Tengah
yang kaya dan setiap sen yang dibelanjakan adalah untuk kepentingan
negara dan rakyat.
"Sebagaimana perdana menteri begitu berani
bersumpah laknat dengan menafikan sekeras-kerasnya kaitan beliau dengan
(si mati) Altantuya (Shaariibuu), kami juga yakin dan percaya perdana
menteri kami, Najib Razak berani bersumpah laknat di Masjid Putrajaya
selepas solat Jumaat bagi menghilangkan keraguan rakyat dan pihak musuh.
"Kami
menanti saat kejujuran perdana menteri untuk melakukannya demi rakyat
tercinta yang dengan rela telah memberi mandat kepadanya dalam pilihan
raya lepas," katanya, dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.
Umi turut mengumumkan bahawa NGO itu akan mengadakan solat hajat di Putrajaya pada akhir Oktober ini.
Menurutnya lagi, ia bakal dihadiri bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama-sama lebih 50,000 hadirin.
Pihaknya juga berhasrat untuk menyampaikan memorandum kepada Najib, tambahnya lagi.
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment