Perkasa mendakwa semakin ramai warga China terlibat dalam aktiviti haram seperti pelacuran, rumah urut serta perjudian.
PETALING JAYA: Duta China Ke Malaysia , Dr Huang Huikang disaran
memberi fokus kepada lambakan wanita warga China di negara ini yang
menjadi antara penyumbang masalah sosial.
Ketua Penerangan Perkasa Malaysia, Hassan Basri Muhammad berkata, ia
lebih baik berbanding sibuk mencampuri hal ehwal dalaman negara ini
khususnya melibatkan isu Petaling Street.
Ini kerana, katanya, semakin ramai warga China yang datang ke negara
ini terlibat dalam aktiviti haram seperti pelacuran, rumah urut serta
perjudian.
“Seharusnya Dr Huang Huikang tidak perlu mencampuri urusan hal ehwal dalaman negara,” katanya menerusi kenyataan media.
Hassan Basri berkata, tuduhan Huang yang menunjukkan seolah-olah
kerajaan Malaysia menindas dan tidak berlaku adil kepada rakyat Malaysia
berbangsa Cina adalah sangat biadap.
Katanya, layanan kaum Cina di Malaysia tidak seperti yang digambarkan oleh Huang.
“Kaum Cina di Malaysia sangat beruntung tanpa diskriminasi dan diberi
jaminan hak bersama dalam sebuah masyarakat majmuk seperti pendidikan,
politik, sosial, ekonomi, kesihatan dan sebagainya.
“Sebagai contoh dalam penguasaan ekonomi dibuktikan bahawa jumlah
majoriti jutawan di Malayaia dikuasai oleh kaum Cina,” katanya.
Katanya, Perkasa turut menyokong dan meminta ketegasan Wisma Putra
untuk memberi peringatan kepada Huang supaya tidak mencampuri hal ehwal
dalaman negara ini.
Dia juga menggesa Huang meminta maaf kerana kebiadapan mencampuri urusan dalaman negara ini.
FMT
FMT
No comments:
Post a Comment