Saturday, November 21, 2015

33.3 peratus warga emas Selangor tiada wang simpanan

 | November 21, 2015
Kadar yang didedahkan itu amat membimbangkan memandangkan populasi warga tua di negara ini semakin meningkat dan Malaysia bakal menjadi negara menua menjelang 2030.
_warga-emas_ringgit_600
PETALING JAYA: Kadar wang simpanan dalam kalangan warga emas di Selangor berada pada tahap yang membimbangkan.

Ini ekoran pendedahan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bahawa 33.3 peratus iaitu satu pertiga daripada warga emas di Selangor berumur 60 tahun dan ke atas tidak mempunyai wang simpanan.

Pengarahnya, Datuk Dr Siti Norlasiah Ismail berkata kebimbangan ini wujud kerana populasi warga tua di negara ini semakin meningkat dan Malaysia bakal menjadi negara menua menjelang 2030.
“Tinjauan yang telah dilakukan mendapati kebanyakan daripada mereka (warga emas) tidak mempunyai simpanan kerana tidak mempunyai cukup wang untuk menyimpan.

“Walaupun pendapatan kita sedikit, kita tetap perlu ada kesedaran dalam diri dan ilmu pengurusan kewangan yang bijak agar kita dapat tentukan perbelanjaan kita serta tahu membezakan antara keperluan atau kehendak,” katanya, lapor Bernama.

Justeru itu beliau menasihati agar membina kesedaran untuk menabung dari peringkat awal dan tidak hanya bergantung pada sumbangan dan wang pencen.

No comments:

Post a Comment