Timbalan Presiden PKR, Mohamad Azmin Ali menegaskan bahawa matlamat
Pakatan Harapan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) ialah
pertandingan satu lawan satu dan pertikaian dalam gabungan itu perlu
diselesaikan.
Azmin berkata demikian ketika mengulas kenyataan
pemimpin PAS Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri yang menuntut
PKR tidak membenarkan Parti Amanah Negara (PAN) untuk bertanding dalam
pilihan raya umum akan datang.
"Pilihan raya ini masih jauh.
Pertindihan kerusi yang berlaku pada setiap pilihan raya kecil, pilihan
raya umum dan pilihan raya negeri, merupakan satu proses biasa.
"Semua
pihak perlu duduk dan berbincang. Prinsip dan perjanjian kami ialah
satu lawan satu,” katanya dalam sidang media di Kongres Nasional PKR
ke-11 di Shah Alam hari ini.
Khairuddin melalui akaun Facebooknya berkata, jangan biarkan PAN bertanding di kerusi PAS.
“Jika
PKR yang bekerjasama dengan PAN mengiyakan PAN bertanding tiga penjuru
di kawasan PAS melawan Umno, maka apa sebab PAS perlu berundur
memberikan laluan PKR bertanding tanpa tiga penjuru lalu memberikan
kerusi selamat kepada PKR,” kata Khairuddin yang juga ahli Parlimen
Kuala Nerus.
Malaysiakini 28/11/15
No comments:
Post a Comment