28/11/15
Gabungan Ketua Umno Cawangan Malaysia yang mendakwa mewakili
kira-kira 200 cawangan Umno, mencabar presiden parti itu, Datuk Seri
Najib Abdul Razak supaya mengadakan pemilihan Umno tahun depan.
Mewakili
mereka, Ketua Cawangan Kampung Railway, Mohd Said Midon berkata,
cabaran itu adalah sebahagian daripada agenda mereka, selain mendesak
Najib berundur daripada memimpin parti itu.
Jun lalu, Najib mengumumkan pemilihan parti itu yang sepatutnya berlangsung tahun depan, ditangguhkan selama 18 bulan untuk mengukuhkan parti.
“Kalau
dia (Najib) bijak, buat pemilihan pada (perhimpunan agung Umno) 2016,
itu yang terpenting sebelum menghadapi pilihan raya.
“Sekarang ini
desakan kita ialah untuk Najib undur dan adakan pemilihan parti pada
2016 untuk jalankan pemutihan seperti parti PAS buat, kerana macam
itulah akan kembalinya keyakinan Umno itu sendiri dan juga orang ramai,”
katanya.
Mohd Said menegaskan demikian dalam sidang media di
majlis 'Mendemokrasikan Umno' lewat malam tadi yang menurutnya dihadiri
ketua-ketua cawangan dari seluruh negara.
Mohd Said berkata,
pemilihan parti perlu diadakan sebagai proses pemutihan di dalam parti
bagi memastikan Umno terus kekal relevan.
Bagaimanapun,
ketua-ketua cawangan yang terlibat malam tadi tidak akan menolak
sekiranya di dalam pemilihan akan datang, Najib terus dipilih untuk
kekal memimpin Umno.
“Itu kuasa Alalh dan kami terima (jika Najib
menang dalam pemilihan), tetapi pemilihan itu mestilah dijalankan dengan
cara baik dan jujur. Dia bertanding dan menang, kami terima, tetapi
dengan syarat kena berubahlah, jangan terus jadi macam ini (merosakkan
kepercayaan akar umbi dengan tindakan yang tidak relevan).
“Kalau tak berubah, PRU14 nanti akan menghancurkan,” kata Mohd Said lagi.
Dalam
perkembangan yang sama, Ketua Umno Cawangan Bandar Puteri, Mohd Shukor
Mustaffa berkata ahli Umno berada di dalam keadaan kecewa.
Sebelum
ini, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
dilaporkan mendakwa kumpulan yang menentang Najib sebagai mereka yang
kecewa.
“Saya nak jawab, sebenarnya memang kami kecewa... yang
teramat sangat kalau boleh nak menangis. Sebab apa, tangan kita yang
memangkah ini dan amanah yang kita bagi pada pemimpin ini tidak dapat
dilaksanakan, kami amat kecewa,” jelas Mohd Shukor mengulas kenyataan
Ismail itu.
Susulan itu, Gabungan Ketua Umno Cawangan Malaysia ini
berkata bahawa mereka akan tetap mempertahankan Umno dan terus berjuang
bagi memastikan parti itu berada pada landasan perjuangan yang asal.
Malah,
kumpulan itu tidak menolak dan akan mendukung penuh kepimpinan Timbalan
Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin sekiranya beliau menggantikan
Najib sebagai presiden.
“Kami akan sokong, sebab itu memang
tradisi kami, ikut hirarki parti... tiada masalah jika sesiapa pun yang
ganti presiden,” kata Ketua Umno Cawangan Taman T.K.K, Kamarul Azman
Habibur Rahman.
Turut hadir di dalam perjumpaan tertutup tersebut
ialah bekas ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman yang
baru dipecat dari parti itu atas alasan lantang mengkritik kepimpinan
Umno dan melanggar disiplin parti.
Kenalkan nama saya Pak ,Beny Sutomo betul-betul mengakui bahwa ramalan AKI SAIF bener-bener top dan di jamin “JITU” 100% tembus adapun ramalan ini di dapat melalui “RITUAL KHUSUS” jadi anda jangan ragu-ragu lagi untuk mengikuti ritual AKI SAIF karena nomor ritual AKI SAIF meman selalu tepat dan terbukti, jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan HUBUNGI/SMS di ((( 081355048468))) dan cukup bergabung dengan AKI SAIF untuk menyelesaikan syaratnya anda sudah bisa mendapatkan angka 2D 3D 4D yang bisa merubah nasib anda sekeluarga karna saya sudah membuktikanya 3X putaran bener-bener langsung tembus dan kini sekarang giliran anda Semua untuk membuktikan Trima Kasih.
ReplyDelete