26/11/15
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan supaya
seorang pengguna Facebook ditahan berhubung posting yang didakwa
berunsur hasutan berkaitan dengan satu akuan berkanun (SD).
"Kesan dan tahan penama di bawah ini kerana menghasut," katanya dalam tweet kepada pegawainya bersama imej posting tersebut.
Posting
Facebook oleh Faisal Rohban itu menyebut tentang Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Abdul Razak dan isterinya Datin Sri Rosmah Mansor.
Posting
Faisal sebelum ini, bagaimanapun, menunjukkan bahawa dia adalah
penyokong BN dan akaunnya turut memaparkan gambar perdana menteri.
Ketika ditanya sama ada posting itu bertujuan sebagai satu bentuk sindiran, Khalid memberitahu Malaysiakini bahawa kes ini tidak terkecuali.
IGP
menegaskan bahawa tidak kira siapa yang disokong, dia perlu
berhati-hati dengan apa yang dikatakan dalam media sosial kerana ia
memberi ruang kepada pelbagai tafsiran.
Katanya, mereka mesti bertanggungjawab dengan apa yang mereka siarkan secara umum dan kes ini tidak terkecuali.
Dalam posting seterusnya, Faisal memohon maaf, dan berkata kenyataan awal beliau mungkin mengelirukan dan disalah faham.
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment