Tian Chua menyatakan dia akan bekerjasama dengan polis bagi membantu siasatan berhubung pertemuan Izzah dengan Jacel.
SHAH
ALAM : Ahli Parlimen Baru Tian Chua menyatakan kesediannya untuk
bekerjasama dengan polis bagi membantu siasatan berhubung pertemuan Naib
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar dengan waris
Kesultanan Sulu, Jacel H Kiram.
Menurutnya, dia tidak mempunyai pilihan lain kerana sekiranya tidak bekerjasama dengan polis, dia akan ditangkap.
“Panggillah, saya tunggu. Saya tunggu panggilan dia.
“Saya tidak mempunyai pilihan. Kalau saya tidak pergi, dia (polis)
akan tangkap,” katanya kepada pemberita pada Kongres Nasional Tahunan
Ke-11 PKR pada Sabtu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan yang dibuat
oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa pihak polis
akan memanggilnya bagi membantu siasatan berhubung pertemuan Izzah
dengan Jacel.
Dalam pada itu, Tian Chua turut diminta mengulas berhubung dakwaan
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa beliau
merupakan pihak yang bertanggungjawab mengatur pertemuan antara Izzah
dengan Jacel.
“Saya telah menafikan sebelum ini dan menyatakan bahawa Zahid mesti tarik balik kenyataannya,” jelasnya.
FMT
Kenalkan nama saya Pak ,Beny Sutomo betul-betul mengakui bahwa ramalan AKI SAIF bener-bener top dan di jamin “JITU” 100% tembus adapun ramalan ini di dapat melalui “RITUAL KHUSUS” jadi anda jangan ragu-ragu lagi untuk mengikuti ritual AKI SAIF karena nomor ritual AKI SAIF meman selalu tepat dan terbukti, jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan HUBUNGI/SMS di ((( 081355048468))) dan cukup bergabung dengan AKI SAIF untuk menyelesaikan syaratnya anda sudah bisa mendapatkan angka 2D 3D 4D yang bisa merubah nasib anda sekeluarga karna saya sudah membuktikanya 3X putaran bener-bener langsung tembus dan kini sekarang giliran anda Semua untuk membuktikan Trima Kasih.
ReplyDelete