Thursday, November 26, 2015

Ketua UMNO cawangan nafi tuduhan Ku Nan, anggap fitnah

 | November 25, 2015
Walaupun tidak puas hati dengan Presiden parti, ketua-ketua UMNO cawangan tidak sanggup membuat kecoh pada PAU.
Rushdan-Mohamed_Tengku-Adnan_umno_600
KUALA LUMPUR: Dakwaan ketua-ketua UMNO cawangan akan membuat rusuhan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang dijadualkan pada 8 hingga 12 Disember adalah fitnah dan pembohongan besar.
Ketua Cawangan Rista Villa Perdana, Rushdan Mohamed berkata demikian bagi mengulas kenyataan Setiausaha Agong UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mendakwa terdapat 100 ketua cawangan diupah untuk mengganggu PAU nanti.

“Dakwaan Ku Nan (Tengku Adnan) bahawa ketua-ketua cawangan akan buat kecoh di PAU itu fitnah yang amat jahat dari Ku Nan.
“Apa motif dan faedahnya kita nak buat kacau, tak perlu.. sebab yang hadir itu semua kawan-kawan kami semua.
“Kenapa kita nak buat sesuatu, yang boleh memudaratkan.. Tidak ada faedah kami nak buat kecoh kat sana,” katanya kepada FMT.
Memetik laporan Sinar Harian, Ku Nan berkata 100 ketua cawangan diupah untuk mengganggu PAU untuk mendesak Presiden berundur.

Ku Nan berkata mereka dibayar dengan duit dan diupah untu membuat kecoh di PAU.
Mengulas lanjut, Rushdan berkata ketua-ketua cawangan tentunya tidak akan melakukan perkara yang boleh memburukkan parti mereka sendiri.
Katanya, mereka hanya ingin mendesak supaya Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berundur.

“Kami ketua-ketua cawangan tidak akan melakukan perbuatan seperti itu (buat rusuhan di PAU)… tak wajar.
“Cukuplah, kami melakukan sidang media dan menyatakan secara terbuka bahawa kami tak sokong lagi kepimpinan Najib..Itu sudah cukup,” katanya.
Rushdan turut berkata sekiranya ada pihak yang membuat rusuhan di PAU nanti, mungkin daripada pihak yang telah diupah.

“Kami difahamkan mungkin ada pihak lain yang diupah sebenarnya.. sebab ada kemungkinan ada kumpulan lain yang selama ini telah buat kecoh dalam beberapa perhimpunan.
“Kami tak perlu layan (dakwaan Ku Nan), kalau ada kami harap pihak polis akan ambil tindakan tegas kepada pihak yang membuat kekacauan itu…Tangkap dan dakwa (mereka) yang melakukan perbuatan sebegitu,” katanya.
Sementara itu, Ketua Cawangan SUA Betong Bahagian Teluk Kemang, Ramli Awang turut menafikan dakwaan Ku Nan itu.

Katanya, dia hanya meminta supaya Najib berundur dan ingin pemilihan UMNO yang dijadual berlangsung pada Perhimpunan Agung parti tahun depan diteruskan dan bukan ditangguhkan.
“Kita bukan nak gaduh dengan UMNO..kami nak Najib letak jawatan (sebagai Presiden), itu saja.
“Kita juga mahu pemilihan UMNO pada 2016 diteruskan…tak nak tangguh.
“PRU14 makin lama makin dekat, buat apa nak tangguh.. Bagi ahli sendiri pilih sapa yang layak jadi Presiden, Timbalan Presiden dan dalam jawatan lain,” katanya.
FMT

No comments:

Post a Comment