Malaysiakini 29/11/15
Kepimpinan PKR hari ini terus menerus memberi sokongan kepada Naib
Presiden Nurul Izzah Anwar dengan menyifatkan isu beliau bergambar
dengan Puteri Sulu Jacel Kiram baru-baru ini sebagai "perkara biasa".
Pengerusi
Majlis Pimpinan Sabah, Datuk Lajim Ukim berkata anggota parlimen Lembah
Pantai itu tidak perlu gundah-gulana kerana rakyat di negeri itu
sedikit pun tidak terkesan dengan tindakannya itu.
Sebaliknya, pemimpin Sabah itu berkata isu tersebut sengaja dibangkitkan kerajaan Umno-BN.
"Nurul Izzah jangan gundah-gulana, soal ambil gambar dengan anak Sultan Kiram tidak ada isu.
"Isu itu sengaja dibangkitkan oleh Umno," katanya dalam ucapan penggulungan Kongres Nasional Tahunan PKR ke-11 hari ini.
Gambar
pertemuan Nurul Izzah itu tersebar selepas Jacel memuat naik empat
keping gambar pada 9 November dalam akaun Facebook beliau.
Ekoran
itu Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri Kemajuan
Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendakwa dengan
mengaitkan beliau dengan perbuatan khianat kepada negara ekoran
pertemuannya dengan Jacel.
Bagaimanapun, selepas itu naib presiden
PKR itu menyatakan kekesalannya susulan kegusaran yang timbul akibat
foto beliau bersama Jacel tersebar dan beliau turut memfailkan saman
fitnah terhadap Khalid dan Ismail.
Bagaimanapun, Presiden PKR
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semalam berkata tindakan mengambil
gambar tidak boleh dianggap pengkhianatan berbanding penjualan aset
penjana tenaga 1MDB, Edra Global Energy Bhd kepada General Nuclear Power
Corporation (CGN) dari China.
Sementara itu bercakap kepada
pemberita selepas kongres itu, Dr Wan Azizah sekali lagi mempertahankan
tindakan anaknya bergambar dengan Jacel itu dengan menyifatkan ia
sebagai perkara kecil.
Menurut MP Permatang Pauh itu berkata lagi
Nurul Izzah bukan hos dalam pertemuan itu sehingga boleh mencetuskan
kemarahan orang ramai termasuk rakyat Sabah.
"Ia merupakan perkara
kecil dan Nurul Izzah bukanlah hos. Jika anda adalah tetamu, anda tidak
ada kena mengena dengan senarai tetamu tersebut.
"Beliau sudah pun meminta maaf kerana tidak memaksudkannya," katanya.
Ketua
pembangkang itu mendakwa BN cuba memperbesarkan isu tersebut, mahu
membunuh watak Nurul Izzah sebagai ahli politik sekaligus menghentam
pembangkang serta mahu menjatuhkan reputasi di mata rakyat.
"Soal
gambar ini sebenarnya satu cara Umno-BN mahu membunuh watak Izzah dalam
dunia politik. Ini permainan bagi mereka sebab itu ia selalu dimainkan.
"Namun, Izzah telah memohon maaf dan dia tidak bermaksud untuk melukai hati sesiapa pun," katanya ADUN Kajang itu.
Sementara
itu, Wan Azizah melahirkan rasa bangganya dengan kongres yang
berlangsung selama tiga hari ini, ia menunjukkan rakyat semakin yakin
dan percaya dengan parti itu
"Kongres berjaya dan ini satu landasan bagaimana nak teruskan dan perjuangkan hak-hak rakyat," katanya.
Kenalkan nama saya Pak ,Beny Sutomo betul-betul mengakui bahwa ramalan AKI SAIF bener-bener top dan di jamin “JITU” 100% tembus adapun ramalan ini di dapat melalui “RITUAL KHUSUS” jadi anda jangan ragu-ragu lagi untuk mengikuti ritual AKI SAIF karena nomor ritual AKI SAIF meman selalu tepat dan terbukti, jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan HUBUNGI/SMS di ((( 081355048468))) dan cukup bergabung dengan AKI SAIF untuk menyelesaikan syaratnya anda sudah bisa mendapatkan angka 2D 3D 4D yang bisa merubah nasib anda sekeluarga karna saya sudah membuktikanya 3X putaran bener-bener langsung tembus dan kini sekarang giliran anda Semua untuk membuktikan Trima Kasih.
ReplyDelete