Tindakan itu diambil selepas kerajaan Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng memecat 300 JKKK di Kepala Batas.
PETALING JAYA: Pas Pulau Pinang memberhentikan 783 ahlinya daripada
menganggotai Ahli Jawatankuasa dan Keselamatan Komuniti (JKKK).
Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Fauzi Mohd Yusof berkata, arahan itu dikeluarkan berkuatkuasa serta merta, lapor Utusan Malaysia.
Tindakan itu diambil selepas kerajaan Pulau Pinang pimpinan Lim Guan
Eng memecat 300 JKKK di Kepala Batas kerana enggan menyertai Pakatan
Harapan.
Susulan itu, Ketua Penerangan Pas negeri, Mohd Yusni Mat Piah
mencabar kerajaan negeri memecat baki 783 ahli Pas yang menanggotai JKKK
di seluruh negeri itu.
Pas telah umumkan menjadi pembangkang di Pulau Pinang kerana parti
itu bukan sebahagian daripada kerajaan negeri Pakatan Harapan.
No comments:
Post a Comment