Jasa Hamidah mengembalikan Perak kepada BN dipandang sepi pimpinan UMNO
PETALING JAYA: Keluarga Datuk Hamidah Osman tertekan selepas
barang-barang dalam rumah milik bekas Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng
itu disita oleh Mahkamah Tinggi Ipoh kerana gagal membayar saman dalam
satu kes fitnah.
Adik kepada Hamidah, Hamizura berkata, kedua ibu bapa mereka paling
tertekan malah bapanya, Osman Hussien, 83, asyik membelak surat mahkamah
seolah-olah tidak percaya perkara itu berlaku.
“Mak dan abah tinggal bersama kakak (Hamidah). Abah kejap-kejap baca surat mahkamah tu. Bila orang datang dia tunjuk surat tu.
“Saya tahu, kakak (Hamidah) pun tertekan tetapi dia buat seolah-olah
tiada apa yang berlaku. Saya kasihankan dia,” katanya, lapor Sinar
Harian.
Hamizura berkata, jasa dan sumbangan Hamidah selama ini terutamanya
dalam mengembalikan Kerajaan Perak kepada Barisan Nasional (BN)
seolah-olah dipandang sepi oleh pimpinan tertinggi UMNO.
Katanya, terdapat beberapa individu dan rakan-rakan terdekat yang
masih mengenang jasa dan sumbangan Hamidah ketika mempunyai jawatan
suatu ketika dahulu.
“Terharu juga bila ada kawan yang masih ingatkan kakak. Malah dalam
satu kumpulan WhatsApps, mereka turut mengambil inisiatif melancarkan
tabung khas bagi membantu kakak,” katanya.
Pada April lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam mengarahkan Hamidah
membayar ganti rugi RM150,000 kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid
Samad, kerana memfitnah menerusi satu artikel yang memaparkan Khalid
berpakaian ala-paderi.
Hamidah, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rapat, pernah
menjadi EXCO Kerajaan Perak dan EXCO Penerangan Wanita UMNO dipecat
sebagai ahli UMNO kerana melanggar disiplin parti pada bulan lalu.
Beliau didakwa terlibat secara langsung menganjurkan program yang dihadiri bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kalau erti perjuangan itu baru jari kelingkeng saja.
ReplyDelete