Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Presiden
Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu membuat cadangan yang praktikal
bagi menyelamatkan parti itu daripada "politik wang".
Ketika membuat gesaan itu, Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) berkata, dua tokoh tersebut sebelum ini mengkritik politik wang dan kerahsiaan dana politik yang disalurkan ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak, tetapi tidak memberikan sebarang cadangan bagi memastikan integriti pembiayaan dana politik.
Sehubungan itu, BERSIH menyeru agar kedua-dua tokoh 'rebel' Umno itu agar tidak sekadar "mencangkul angin" dan hendaklah memberikan idea yang praktikal bagi membasmi apa yang didakwa NGO itu sebagai budaya "cash is king" dalam parti itu.
"Sekiranya mereka tidak mampu, BERSIH mencadangkan supaya Mahathir dan Muhyiddin menyokong sahaja saranan 70 badan bukan kerajaan yang dipimpin kumpulan G25 dan BERSIH (antara lain) yang telah dilancarkan dua minggu lalu," kata NGO itu dalam kenyataan hari ini.
Antara saranan mereka ialah dikenakan had terhadap sumbangan secara tahunan, ketelusan identiti penderma dan jumlah dermanya serta pengharaman total derma rahsia.
BERSIH juga meminta Mahathir dan Muhyiddin menyokong cadangan tersebut dan menerima saranan kumpulan G25 untuk mengadakan kempen jelajah ke seluruh negara bagi memberi penerangan kepada orang ramai tentang bahaya dana secara rahsia dan perlunya ketelusan serta akauntibiliti.
Malah, BERSIH juga mencabar supaya kedua-dua pemimpin itu menyokong cadangan G25 itu secara terbuka sekiranya mereka ikhlas dalam membahaskan ketelusan dan integriti demi menyelamatkan Umno serta negara.
Katanya jika mereka gagal melakukan sesuatu yang substantif seperti itu, ataupun gagal mengemukakan cadangan sendiri, maka BERSIH mengira kem Mahathir-Muhyiddin telah tewas kepada Najib.
Malaysiakini 15/12/15

No comments:
Post a Comment