FGV yang dijulang sebagai ' Santa Claus', rupa-rupanya pembawa bencana dan menambah derita warga Felda
COMMENT
Saham FGV tinggal RM1.56, jatuh lebih 70% dari ketika ia diterbitkan
iaitu RM4.55 pada tahun 2012 lalu. Gembar gembur kejayaan hampir tiada
kedengaran.
Bajet Felda sekitar RM1.5 bilion seperti dahulu tiada lagi kerana
sumbangan terbesar melalui Felda Plantation telah dipajak oleh FGV
selama 99 tahun. Pendapatan dari Estet Felda ini menyumbang RM1 bilion
setahun.
Felda sudah ‘miskin’ sekarang. Berbelas tabung yang bersifat
kebajikan hampir tidak berfungsi. Para kontraktor yang buat kerja di
Felda mengeluh kerana bayaran terlalu lembab, hingga 5-6 bulan baru
dapat. Mereka dakwa sebelum ini tidak pernah seteruk ini.
Pengumuman YAB PM mengenai rumah Gen 2 dalam pembentangan Bajet,
dijangka retorik semata-mata. Projek yang seumpamanya diumumkan sejak 10
tahun lalu pun amat perlahan seperti kura-kura. Ia tidak lebih
mengambil hati anak muda Felda.
Para peneroka terutamanya yang masih mempunyai tanggungan sama ada
anak atau cucu yang masih bersekolah, sedang merasakan peritnya. Dua
minggu lagi sesi persekolahan 2016 akan bermula. Kelengkapan sekolah,
pendaftaran dan yuran sekolah, mesti disediakan.
FGV yang dijulang sebagai ‘ Santa Claus’, rupa-rupanya pembawa
bencana dan menambah derita warga Felda. Memo dan demo, cadangan dan
pandangan, naik turun mahkamah, Usul Parlimen dan DUN telah dibawa.
Pak Menteri dan pembesar negara bercuti hujung tahun, berjoli sakan….
Rakyat kebingungan dan bermenung panjang, mengenang nasib esok hari…..
Dulu dulu…,takkan Umno nak tipu kita… Sekarang……kita ni asyik kena ‘kencing’ UMNO je lah…
Mazlan Aliman
Pengerusi
Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak)
Pengerusi
Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak)
FMT
No comments:
Post a Comment